(Song - Lebih Baik, CJR)
Malam itu Izz Zafrel lansung tidak dapat melelapkan matanya membayangkan ada penghuni baru di rumahnya apatah lagi bersebelahan dengan kamarnya. Dia membayangkan gadis yang ada di bilik sebelah bangun berjalan dan menghampirinya ala ala zombi. Dia segera menghapus fikiran jahatnya itu apabila terdengar bunyi notifikasi telefonnya. Pasti itu perkembangan terbaru Airis Zahra. Airis Zahra memuat naik gambar bersama peminatnya di laman akaun instagram. Mata Izz Zafrel tertumpu kepada gambar paling baru sekali, Airis Zahra kemalangan? Dirawat di hospital mana? Keadaan dia macam mana?
Location pun tak letak macam mana nak tahu hospital mana? Tengok macam okay je ni, tak serius...
Izz Zafrel bangun untuk ke dapur mengambil minuman dek kerana tekaknya terasa haus pula malam ini. Jari telunjuknya menekan punat membuka suis lampu dapur saja membiarkan ruang tamu kekal gelap seperti biasa. Tegukan demi tegukan air itu membasahi tekaknya tatkala anak matanya memandang pintu kamar gadis itu yang tertutup rapat. Bayangan jahat mula menerjah fikiran, imaginasi mula membayangkan pintu dibuka lantas gadis koma yang ada dalam kamar itu merenungnya dengan wajah paling menakutkan. Err! Seram.
Izz Zafrel memberanikan diri membuka pintu bilik itu sedikit menampakkan gadis koma yang masih terbaring tidak berganjak dari tempat asalnya. Lampu bilik yang malap menyukarkan Izz Zafrel yang sememangnya tidak mengenakan cermin matanya untuk meneliti satu persatu kedudukan dalam bilik itu. Kakinya beberapa kali tersepak barang yang ada didepan menyebabkan dia putus asa lalu kembali ke biliknya saja. Makin lama dalam bilik ni makin rasa aura negatif!
"Geng! Aku tak boleh tidur!" Luah Izz Zafrel mula bervideo call dengan dua sahabat karibnya.
"Kenapa? Tak senang duduk eh dalam rumah ada awek cantik?" Usik Harris mulai mengatur ayat. Dia ni gatal lain macam sejak jumpa budak koma tu.
"Rasa seram tak? Kalau aku rasa seriau weh ada orang koma dalam rumah kita. Cuba kau bayangkan masa kau tidur dia bangun. Bila kau bangun dia ada kat sebelah kau---"
"Hish! Mulut boleh tahan kau!" Izz Zafrel segera memotong terbawa bawa apa yang dikatakan oleh Rainna. Harris dan Rainna masing masing tergelak memandangkan cerita rekaan benar mampu membuat Izz Zafrel ketakutan.
"Ibu tak teman dia ke? Dia tidur sorang sorang lahtu?" Tanya Rainna lagi merubah posisi menongkat dagu. Izz Zafrel mengangguk mengiyakan apa yang diteka oleh Rainna. Kali terakhir dia melihat ibu memberi susu kepada budak itu beberapa jam yang lepas.
"Aku dah cakap dah, biar aku ada kat situ je. Aku boleh teman dia sepanjang malam. Kurang kurang sejuk jugak mata aku ni tengok muka cantik dia..." Harris sempat mencelah menjual minyak tak lakunya. Ada saja ayat percubaan mahu terus ada disini.
"Kau nak tunggu orang koma? Kalau dia koma sepuluh tahun, kau sangguplah menapak hari hari datang sini? Cakap pakai otak sikit." Izz Zafrel menjeling Harris sesekali.
"Cakap pakai mulutlah!" Harris membidas masih mahu loyar buruk.
"Dah! Dah! Aku nak tidur, esok aku kena bangun pagi. Papa aku dah bising asyik masuk kerja lambat. Esok tengahari kita jumpa macam biasa. Bye!"
Rainna mematikan satu siaran paparan skrin yang asalnya ada dua. Kini hanya tinggal wajah Harris dan Izz Zafrel yang tercengang.
"Macam tu je dia matikan? Dah lah Izz aku pun nak tidur. Izz! Apa tu belakang kau?!" Harris membuat wajah kaget sebelum cepat cepat mematikan panggilan video itu meninggalkan Izz Zafrel keseorangan yang cuak. Kepalanya ditolehkan perlahan untuk menoleh ke arah pintu bilik memeriksa apa yang baru ditunjuk oleh Harris tadi.
Mana ada apa! Tak boleh pakai punya kawan. Bukan nak sedapkan hati aku, lagi buat aku seram. Hilangkanlah perasaan ni ya Allah...
![](https://img.wattpad.com/cover/131121775-288-k725285.jpg)
YOU ARE READING
Cinta SepertiNya
Lãng mạnDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...