Song - Kepuraanmu, Luqman
"Jangan terima dia Cik Airis!" Tegas Lyna memberi amaran supaya Airis Zahra tidak terjatuh ke dalam rancangan jahat Hazar sekali lagi.
"Dia dah berubah Lyna and its too late cause im already say yes---"
"Apa?! Dah terima? Cik Airis..." keluh Lyna memikirkan bagaimanalah nasib majikannya selepas ini jika Hazar terbukti belum bertaubat lagi.
"Doakan Hazar dan saya, Lyna?" Airis Zahra merenung ke mata Lyna meminta dia mendoakan hanya yang baik saja. Lyna tahu mata itu sedang menipu perasaannya sekarang. Cik Airis tak cintakan lelaki tu!
Tintong!
"Hazar dah sampai, saya keluar dulu. Ada nak kirim apa apa tak Lyna?" Airis Zahra melihat cermin buat kali terakhir membetulkan tudungnya sebelum mahu keluar. Cukup hanya dengan gelengan kepala Lyna membuatkan Airis Zahra mengerti.
"Harini kita pergi cari cincin?" Hazar menoleh kepada Airis Zahra tatkala wanita itu hanya berdiam diri saja sejak dari tadi.
"Beli cincin? Bukan ke harini you cakap nak bawak i pergi makan je---"
"I nak kahwin dengan you cepat cepat, bolehlah kita bina hidup bersama." Hazar suha sedaya upaya memujuk gadis itu supaya bersetuju kelmarin dan akhirnya lamaran itu diterima juga.
"But i though you need to see my family first---"
"Ya sayang, i know that. That why lah i bawak you pergi cari cincin... nanti i pergi jumpa parent you untuk merisik. Kalau family you setuju then takpayah bertunang, kita nikah terus." Tenang lelaki itu menjawab dengan nada teratus dan lembut saja, tidak seperti sebelum ini begitu kasar sekali.
Kenapa nak kena nikah cepat? Tak sabar sangat ke dia nak jadi suami aku. Tapi perasaan aku sebaliknya...
"You can choose your favourite design," Hazar mempelawa Airis Zahra untuk memilih dua cincin yang ada dalam kedai itu. Satu cincin buat merisik dan satu lagi buat pernikahan mereka.
"Okay... then you need to choose yours or else--- i taknak pilih. Biar kita kahwin pakai cincin keychain ajee." Airis Zahra tersengih kecil sempat bergurau membuatkan lelaki itu geli hati dan menurut saja. Airis melihat Hazar tersenyum begitu membuatkan hatinya begitu tenang, senyumannya kelihatan tulus. Mungkin ini jalan hidup aku, ditakdirkan untuk Hazar. Aku kena lupakan Izz...
_______________⚜️______________
"Kenapa harini siap nak belanja bagai ni?" Rainna mengerutkan keningnya pelik apabila diberitahu Izz Zafrel mahu mereka makan sekali. Rancangannya untuk pulang ke kampung bersama keluarga dia batalkan demi sahabat baik.
YOU ARE READING
Cinta SepertiNya
RomansaDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...