Part Empat

3.4K 256 10
                                    

(Song - Mawar Terbiar, Masya & Sekali Lagi, Naim Dan)

"Ibu?!" Jerit Izz Zafrel sebaik saja terdengar bunyi air dibuka dalam kamar mandi. Kenapa ibu guna tandas luar? Selalu ibu guna tandas dalam bilik dia...

"Ya? jerit jerit macam nampak hantu je kamu ni," Hanizah mengerutkan keningnya mengenangkan ada saja perangai anak bujangnya sorang ini. Izz Zafrel terkejut melihat ibunya datang dari arah berlainan daripada kamar mandi.

Siapa yang guna bilik air tadi kalau bukan ibu?!

"Tak ada apa apa, Izz cuma rindu nak tengok muka cantik ibu hehe," usik Izz Zafrel sempat melawak pagi itu.

"Ahh mengada nombor satu Izz ni, ibu nak ke supermarket depan sana beli barang dapur sikit. Izz tengokkan Aileen boleh? Tak lama pun sekejap je," Hanizah membetulkan tudungnya yang dirasakan senget sedikit.

"Alaa nak tengok buat apa, orang tu koma ibu dalam erti kata lain tak sedar. Biarkan jelah dia sorang kat situ." Izz Zafrel menyalami tangan Hanizah sebelum ibunya keluar memandu ke pasaraya tidak jauh dari rumah mereka.

Izz Zafrel sengaja membiarkan pintu bilik Aileen dibuka supaya senang dia mengawasi gadis itu dari luar saja sambil menonton televisyen. Isu air yang berbunyi dalam bilik air tadi dia lupakan seketika memandangkan dia merasa itu cuma perasaannya saja. Beberapa minit bergelak tawa menonton rancangan hiburan sambil menggigit kuaci, pintu bilik Aileen tertutup rapat membuatkan Izz Zafrel terkejut besar. Sekali lagi dia cuba positif dengan menganggap pintu tadi tertutup hanya kerana angin, Izz Zafrel bangun lantas membuka kembali pintu bilik itu. Kali ini dia menyendal pintu bilik itu menggunakan kerusi bulat comel supaya tidak ditolak angin lagi. Matanya sempat mengerling ke arah Aileen sebelum kembali duduk menyambung kegiatannya.

"Korang datang rumah aku boleh hari ini? Tidur sini ke, aku ada benda nak cerita ni." Izz Zafrel memulakan panggilan video bersama dua sahabat baiknya. Menganggu cuti orang betul lah Izz ni!

"Eh apesal pintu bilik awek tu terbukak luas? Ibu kau mana?" Tanya Harris semacam tidak berpuas hati pula.

"Ibu pergi supermarket depan sana sekejap, korang datanglah! Ibu masak ayam goreng tau." Izz Zafrel sengaja memancing sahabat baiknya. Dia tahu mereka memang tidak akan mampu menolak masakan Hanizah yang super mantap itu.

"Ayam goreng aku on!" Harris mengangguk setuju. Rainna masih belum memberikan jawapannya lagi.

"Maknanya sekarang kau berdua dengan budak tu ke? Tak takut ke, kena tangkap ke---"

"Ish kau ni mulut! Siapa je nak percaya kalau kena tangkap, budak tu sedar pun tidak. Dah jangan banyak bunyi, tengahari semua kumpul!" Izz Zafrel menutup panggilan video itu setelah mengarahkan dua pendampingnya ke sini. Takkanlah orang nak tangkap aku dengan orang yang koma? Tak masuk akal kan?

Ah laparlah, baik masuk dapur buat sandwich dulu!

Izz Zafrel mengeluarkan sebiji tomato dan dua batang ketulan hotdog siap dibakarkan. Tomato dipotong kecil kecil supaya senang dia sumbatkan dalam roti nanti. Telur dua biji dihancurkan sebelum turut diletakkan atas roti. Tak sandwich lah kalau tak ada telur kan? Tangannya laju memicit sos mayonis dan sos thousand island seakan akan membuat corak melintang. Selesai memotong roti itu dalam dua bahagian, dia mengeluarkan sekotak susu rendah lemak daripada peti sejuk lalu dia tuangkan dalam gelas. Matanya terasa gatal pula mahu menjengah ke arah bilik Aileen, kali ini dia pasti ada sesuatu yang tidak betul dengan bilik itu. Mustahil!

"Tadi masa bukak pintu langsir tu kan tertutup? Macam mana boleh terselak sebelah---" Izz Zafrel meletakkan roti dan air susu tadi atas meja di ruang tamu sambil mengomel sendiri sebelum perlahan lahan berjalan menjengah bilik Arjana daripada luar. Kakinya laju saja mendorongnya masuk ke dalam untuk cari tahu, langsir tadi dia pegang agak lama sekaligus matanya meneliti ke arah Aileen yang nampaknya masih dalam keadaan koma. Kelopak matanya yang tenang juga tidak menimbulkan sebarang kecurigaan atau tanda tanda yang dia sudah sedar.

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now