Part Dua Puluh Lima

2.6K 198 9
                                    

(Song - Semesta, Syuhada)

Izz membuka matanya mendapati isterinya tiada lagi disisi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Izz membuka matanya mendapati isterinya tiada lagi disisi. Hasratnya mahu melelapkan mata untuk beberapa minit setelah solat subuh tadi namun tak sangka pula terlajak. Izz segera bangun dan mencari Aileen didapur barangkali sedang menyediakan sarapan namun aneh juga isterinya tiada disitu. Dia jengukkan kepala ke luar siapa tahu isterinya berenang pagi begini tapi tiada juga. Mana Aileen pergi? Kau ada mimpi sebut pelik pelik ke Izz? Ish!

"Sayang!" Laungnya naik ke atas memeriksa semua bilik dan bilik air. Izz mengeluh lantas melabuhkan punggungnya di hujung katil. Kemana lagi harus akh cari Aileen?

Telinganya menangkap bunyi sesuatu dalam kamar mandi yang membuatkan dia berdiri tegak beberapa saat sebelum membuat keputusan mahu memeriksa.

"Suprise!" Jerit Aileen menolak belon merah jambu naik ke atas lantas membuka paip menghalakan ke baju Izz supaya basah.

"Nakal! Another suprise? So ini bermakna ada orang tu ajak kita mandi sama sama?" Izz mengangkat keningnya sebelah sambil diperhatikan oleh Aileen yang terbaring dalam tab mandi. Tangan Izz laju mengisi tab mandi dengan air sebelum sabun dipicit untuk dibuatnya buih. Sesi melempar buih sambil belon berterbangan dalam kamar mandi berjalan seperti yang difikirkan ole Aileen. Dia bahagia dapat melihat Izz gembira begitu.

"Yeah! Saya menang, buih saya paling tinggi!" Laung Aileen berjaya membuat lebih banyak buih berbanding Izz.

"Eh awak tak adil ni, ukur berat sebelah. Tengok ni buih saya paling tinggi." Izz menegaskan dia lah pemenang sebenar sambil menunjukkan bukti.

Pap!

"Sekarang buih awak dah berterabur. Kalah, hahahaha!"

"Aileen!" Izz bangun kerana ketidakpuas hatinya. Aileen segera bangun mahu keluar daripada tab mandi namun dipeluk erat oleh suaminya dari belakang. Bibir Izz menyapa belakang rambutnya membuatkan gadis itu kegelian sedikit.

"Err---- jom kita mandi! Kan kita nak balik rumah ibu, nanti ibu tunggu. Kesian ibu..." Aileen melepaskan tangan Izz lantas melangkah keluar daripada tab mandi membilas tubuhnya mahu mengelak diusik oleh Izz.

______________________________

"Cik Airis nekad ke nak larikan diri dari sini? Macam mana kalau tertangkap? Macam mana kalau Hazar tu bertindak kejam?" Tanya Lyna serba salah atau lebih tepat bimbang sebenarnya.

"Habis tu awak nak saya duduk sini buat kerja untuk dia seumur hidup? Lyna, tengok saya... kecantikkan ni semua tak akan kekal. Satu hari nanti saya akan tua, siapa nak ambik saya bekerja? Lagipun saya ada impian, saya nak berkeluarga... saya nak bahagianan orang tua saya." Terang Airis yakin dengan keputusannya. Lyna mengangguk faham menghormati keputusan gadis itu meskipun dia akan kehilangan kerja selepas ini.

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now