Dia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih?
'Learn to love me maybe?' - Aileen
'Hati ini milik Airis!'...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"I will never fall in love like this with anybody... only you," renung Aileen bercerita sebelum mahu melelapkan mata.
"Tipu! Entah entah bila kita dah bahagia dah ada anak suddenly orang ketiga datang kata awak tu bekas girlfriend dia----"
"Eee tolonglah! Klise betul fikiran awak. Betul, awak first love saya and of course first husband saya." Aileen menyangkal sangkaan Izz yang melalut bagaikan drama.
"Amboih? Ada niat nak cari second husband," kerut kening Izz menggeletek Aileen sehingga gadis itu menggelupur atas katil seterusnya jatuh ke bawah sehingga Aileen menarik muka lantas dia tarik selimut menutupi wajahnya, merajuk.
"Alaa sayang... sorrylah. Izz gurau je tadi, jatuh katil je kan? Ibu kata masa baby Izz pernah jatuh ke bawah katil, elok je tak nangis." Pujuk Izz mulai mengarang cerita supernaturalnya.
"Menipu betul, mana ada baby jatuh ke lantai tak sakit. Nanti sayang tanya ibu, kalau ibu cakap tipu siaplah Izz!"
Aduh! Jangan betul betul dia call ibu tanya sudahlah.
Suasana senyap menimbulkan rasa sunyi antara mereka. Izz menjengah melihat isterinya seakan sudah tidur berselubung selimut. Tangannya mencapai suis lampu tidur lantas dibuka dan ditutup berulangkali bagaikan bosan tiada teman untuk berbual. Mahu turun ke bawah membuat minuman sunyi pula tiada teman berbual. Puas bermain suis lampu, Izz membuka selimut yang menutupi wajah isterinya untuk mengusik Aileen namun hampa. Aileen benar benar sudah lena tidak sedikit pun kelopak matanya bergerak tanda dia betul tertidur.
Kenapa aku tak sedar kehadiran dia dari dulu? Dia lah dunia yang aku ada sekarang yang paling membahagiakan, selain ibu. Andai diberi lebih ramai wanita disamping aku, aku masih mahukan dia untuk aku bimbing dan sayang hingga ke akhir hayat.
_______________________________
"Cik Airis nak pergi mana? Kita ada sesi tutorial untuk kosmetik Maybelline lagi dua jam!" Jerit Lyna mengejar Airis yang tiba tiba menyandang begnya mahu keluar dengan terburu buru.
"Saya balik kejap lagi, pergi dulu!" Balas Airis terus hilang ditelan lif rumahnya membuatkan Lyna lega sedikit namun kepalanya mulai berfikir kemana pula majikannya mahu pergi.
Airis memandu keretanya seorang diri cuba memasuki kawasan perumahan yang pernah dia datangi. Satu persatu rumah diteliti dengan baik, dia yakin dia masih mengingati rumah itu. Mata Airis tertumpu ke arah satu pokok bunga dihalaman rumah itu membuatkan kakinya menekan brek serta merta dihadapan pagar rumah itu. Dia menjengah mencari seseorang namun rumah itu nampak gelap saja membutkan perasaannya hampa dan berfikir bahawa orang itu sudah berpindah. Airis berjalan menuju ke keretanya mahu segera pergi dari situ biarpun hatinya berat.
"Airis," tegur seseorang membuatkan Airis mengangkat kepalanya lantas membuntangkan mata.
"Ibu..." suara Airis bagaikan ditelan saat perkataan itu meniti dibibirnya.