"Ibu cakaplah dengan Izz..." Izz memegang lengan Hanizah yang sudah tidak mahu memandang wajahnya.
"Jangan cakap dengan ibu selagi Izz tak ikut apa kata ibu——"
"Alaa ibu ni, please lah bukan cara ni..."
"Oh kau dah berkhalwat taknak kahwin pulak," Harris sengaja menyindir lagi Izz yang sedia buntu.
"Lelaki memang tak bertanggungjawab eh? Benci betul!" Rainna menjeling Izz sekilas sebelum duduk disebelah Hanizah.
"Eh yang tak bertanggungjawab tu dia eh, aku tak... haa aku baik." Harris membangga diri turut duduk disebelah Hanizah pura pura mesra dengan Hanizah untuk menyakitkan hati Izz.
Aileen menolak begnya yang berisi pakaian sebagaimana dia datang dahulu kini dia harus pergi dengan isi pakaian yang sama. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan anak beranak ini hanya kerana terpaksa menerimanya disini. Puas dia merenung segenap ruang kamar itu sebelum dia pergi, disinilah pertama kali dia melihat wajah Izz. Disini jugalah dia jatuh cinta dengan alunan suara lelaki itu sentiasa mengaji. Terlalu banyak kenangan bersama Izz yang dia harus singkirkan dalam masa sesingkat ini.
"Adik nak pergi mana?!"
"Adik nak balik rumah sana. Ibu jangan gaduh lagi dengan Izz? Izz bukan jodoh adik ibu..." matanya mencuri memandang wajah lelaki itu, benar dia bencikan aku.
Play victim konon tak bersalah!
"Tak bolehlah macam tu adik, Izz kenalah bertanggungjawab dengan apa yang jadi. Keluarga adik tahu nanti habislah muka ibu nak letak mana? Adik tunggu sini! Ibu ikut adik balik sana, kita boleh bincang untuk cepatkan nikah?" Hanizah kelihatan beriya-iya mahu mengikuti Aileen sehingga tergopoh gapah ke bilik mencari begnya.
"Puaslah hati kau kan? Dapatkan sesuatu yang kau nak dengan cara kotor. Untuk pengetahuan kau, aku dah boleh terima semua kebaikkan kau. Tapi lepas aku nampak apa yang kau buat ni... kau tak bermakna apa apa lagi pada aku."
"Saya tak buat semua yang awak cakapkan tu——"
"Dah lah, ingat aku tak tahu taktik perempuan obses macam kau? Kau sanggup buat apa saja kan? Semua ni mesti rancangan jahat kau!" Izz menuduh sambil merapatkan wajahnya yang bengis dalam dengusan nafas yang amat kuat.
Perbincangan keluarga akhirnya mencapai kata sepakat untuk menyatukan Izz dan Aileen hujung bulan ini juga. Pada pagi akan diadakan majlis akad nikah sementara majlis sanding pada sebelah petang. Hanizah mahu semuanya disegerakan supaya hatinya tenang untuk menghadapi pertanyaan orang luar. Sepanjang menjalankan persiapan perkahwinan, jiwa Izz sungguh terpukul. Baru saja ditinggal oleh Airis dan sekarang dia terpaksa menerima seseorang yang hatinya tidak terlintas lansung untuk mencintai. Semua ini dilakukan demi kasihnya terhadap ibu, bukanlah sebuah peluang yang dia berikan terhadap Aileen. Pendiriannya tetap mengatakan semua ini adalah rancangan busuk Aileen.
YOU ARE READING
Cinta SepertiNya
RomanceDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...