Part Dua

4K 297 10
                                    

(Song - Haram, Hael & Dayang)

"Teruk sangat ke keadaan anak maksu Maryam tu?" Tanya Izz Zafrel kepoh pula ingin tahu apatah lagi apabila melihat wajahnya ibunya agak hampa saat melangkah masuk ke pintu utama tadi. Pasti ada sesuatu yang buruk berlaku sehingga wajah ibunya turut sayu begitu.

"Dia koma Izz... kesian maksu Maryam. Ibu tak dapat bayangkan kalau ibu ada kat tempat dia---"

"Kalau ibu kat tempat maksu Maryam, ibu mesti kuat dan tabah. Masa arwah abah pergi dulu pun ibu kuat je. Kan?" Izz Zafrel meneka memotong segala kalau yang keluar daripada mulut Hanizah. Hanizah masih teringat saat saat arwah suaminya pergi lima tahun lepas, jujurnya dia juga rapuh. Sudahlah keluarganya yang tinggal hanya Mahfiz dan Maryam saja. Selama ini hidup mereka pun hanya bersilaturrahim dengan keluarga itu, tiada ahli keluarga lain lagi. Arwah suaminya juga hidup sebatang kara, berdikari sendiri sehingga mampu membina kehidupan bersama. Mahfiz banyak menolong keluarga mereka sejak lima tahun lepas, Izz Zafrel bahkan diterima bekerja di syarikat milik Mahfiz hasil dicadangkan oleh Maryam. Sudah lima tahun lamanya Izz Zafrel bekerja disitu tidak pernah pula dia melihat putri bongsu Mahfiz datang ke situ. Bagaimanalah rupanya budak kuat nangis dulu tuh kan?

Rajin juga Hanizah melawat Maryam hari hari di hospital untuk memastikan keadaan dua pupunya baik saja. Jika dihitung sudah sebulan lamanya Aileen tidak sedarkan diri, kata doktor dia baik baik saja namun sehingga sekarang gadis itu masih koma. Arjuna sudah puas mencari saksi di tempat kejadian untuk mengumpulkan bukti, hasratnya mahu mengheret orang yang bersalah itu ke muka pengadilan. Adiknya mesti mendapat pembelaan diatas apa yang menimpa keluarga mereka. Arjuna terseksa merindukan senyuman pemilik syurganya seperti dulu, hanya keajaiban ilahi yang mampu menggerakkan Aileen daripada terus tidur. Sebulan Sofea menunda niatnya mahu ke Singapura bekerja namun kali ini dia tidak boleh menunggu lagi, ahli keluarganya juga membutuhkan kehidupan yang selayaknya hasil daripada usaha keras Sofea, anak sulung keluarganya.

Sofea mengheret beg trolinya di koridor hospital menuju ke kamar Aileen. Hari ini hari terakhir dia di sini, hanya tinggal beberapa jam saja lagi dia akan menaiki kapal terbang untuk ke Singapura. Sofea memegang tangan Aileen yang masih lemah, tidak lansung memberi respon lalu dibawa ke pipinya. Berat rasanya mahu meninggalkan Aileen yang masih dalam keadaan belum sedar begini. Terngiang suara sahabat baiknya berceloteh sebelum kejadian yang dasyat ini menimpa. Arjuna menyelak langsir membiarkan cahaya matahari menyapa wajah Aileen, vitamin semulajadi katanya.

"Abang janji akan telefon Sofea update keadaan Aileen selalu?" Sofea merapati abang Aileen yang duduk di tepi langsir sejak tadi tidak mahu menganggu privasi mereka.

"Abang janji... Aileen sedar je abang terus telefon Sofea. Okay? Sofea jaga diri kat sana, ada apa apa terus telefon abang atau ayah okay? Baliklah selalu jenguk keluarga..." pesan Arjuna menatap anak mata Sofea yang hitam bersinar seakan-akan tidak ikhlas mahu meninggalkan mereka.

"Sofea janji akan balik..."

Izz Zafrel perasan perubahan pada ibunya hari ini, baik semacam. Dia masakkan semua makanan kegemaran Izz Zafrel meneliti bermula daripada ayam masak merah, ayam blackpepper, kuih tepung pelita, puding karamel dan air sirap bandung. Masakan dalam satu hari Hanizah akan menyediakan semua makanan kegemarannya? Sungguh sesuatu. Dia yakin ibunya pasti ada mahunya, selalunya satu hidangan kegemaran dalam tempoh satu minggu saja. Siapa nak makan semua ini sekaligus?

"Ibu, jujur dengan Izz. Ada apa ni ibu manjakan Izz dengan semua ni? Mesti ada apa apa, kan?" Izz Zafrel memegang kedua lengan Hanizah lantas memandang tepat ke dalam anak mata ibunya.

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now