Part 30

3.3K 222 27
                                    

Song - Tetap Dalam Jiwa, Isyana

"Tolonglah bagi saya jumpa isteri saya!" Rayu Izz di kaunter pertanyaan balai polis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tolonglah bagi saya jumpa isteri saya!" Rayu Izz di kaunter pertanyaan balai polis. Usai Aileen dibawa pergi oleh pihak polis lagi Izz terus menyusul meninggalkan Airis dan Hanizah memberi keterangan tentang kejadian itu. Sukar untuk kedua mereka berlaku jujur, jika diberitahu Izz pelaku sebenar sudah pastinya dia akan ditangkap pula.

"Tak boleh, isteri awak masih dalam siasatan. Ini bukan kes biasa, ini kes pembunuhan." Tegas salah seorang pegawai perempuan yang bertugas di kaunter.

"Isteri saya tak salah, kami sekeluarga cuma lindungi mangsa dera lelaki yang mati tu!" Jujur Izz mulai berang segala keterangannya dianggap tidak berguna langsung.

"Macam mana pun isteri awak dah bunuh orang, nyawa tu----"

"Undang undang apa macam ni?! Nak protect keluarga daripada orang jahat pun salah! Aileen!" Jerit Izz mengamuk lantas mahu merempuh masuk ke dalam untuk bertemu dengan Aileen namun pantas dihalang oleh beberapa orang anggota polis lelaki dengan ugutan mahu menyumbatnya ke dalam penjara jika membuat kecoh.

"Maafkan adik ipar saya, Izz! Ikut aku!" Arjuna menyelit meminta maaf sebelum membawa Izz keluar untuk berbincang dalam suasana yang lebih tenang.

"Ini semua salah kau Izz! Kalau kau tak biarkan perempuan tu tinggal satu rumah semua ni takkan jadi! Suami dayus!" Jerit Sofea menyerang Izz yang baru dibawa keluar sehinggakan dia terpaksa dipegang oleh Harris dan Rainna. Berita penangkapan Aileen segera Hanizah maklumkan kepada keluarga kandungnya supaya proses berjalan lebih cepat. Maryam sempat pitam setelah mendengar berita ini menyebabkan Mahfiz hanya menghantar Arjuna ke balai polis untuk berbincang. Mereka yakin pasti ada kesalahfahaman dalam masalah ini.

"Sabar Sofea, ingat depan tu balai polis..." tegur Rainna menggosok belakang badan gadis itu menenangkannya.

"Sabar macam mana lagi, Aileen tu dalam penjara! Semua sebab dia ni, kalau kau tak bawak Airis tinggal sekali semua ni tak akan jadi!" Sofea bertindak agresif menolak Izz berkali kali sebelum dia sendiri tertunduk mulai menangis.

Izz merelakan saja tubuhnya dipukul Sofea kerana tahu semua yang terjadi adalah berpunca daripadanya juga. Giliran Arjuna lagi meninggikan suaranya membuatkan dia lebih terpukul. Abang iparnya benar marah tidak diberitahu bahawa ada gadis lain dalam rumah itu, jika dimaklumkan lebih awal mereka boleh membantu Izz menyorokkan gadis itu di tempat yang lebih selamat. Harris yang tahu tentang perkara ini turut mendapat tempias apabila dia terlepas cakap kononnya sudah menasihati Izz beberapa hari lepas. Rainna kecewa melihat sahabatnya porak peranda begini, dugaan yang datang tanpa henti terpaksa mereka harungi bersama.

Arjuna dibenarkan masuk menjenguk Aileen hanya sepuluh minit oleh pihak polis setelah diberitahu dia abang kandung Aileen. Arjuna mengetap bibirnya tatkala mata sudah berkaca melihat adik kesayangannya di sebalik tirai besi terduduk menghapus airmata. Saat abangnya menghampiri tiang besi itu dia terus tersenyum mendekati abangnya. Wajah mereka didekatkan memudahkan Arjuna memegang kedua pipi Aileen. Sakit rasanya melihat Aileen dalam keadaan begini, hanya duduk beralaskan lantai simen. Rambut adiknya yang biasa terurus kelihatan semakin kusut masai, wajahnya juga sudah pucat kerana banyak menangis.

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now