Part Lima

3.2K 273 20
                                        

(Song - Tak Perlu Kata Apa-Apa, Hannah Del & Hatiku Milikmu, Siti Nordiana)

"Ibu! Ni Izz dah sedar!" Harris menjerit memanggil Hanizah sebaik saja dia melihat tangan Izz Zafrel bergerak mahu bangun. Hanizah duduk disebelah Izz Zafrel yang baru saja merubah posisinya daripada baring kepada duduk.

"Ibu tadi Izz nampak budak tu! Dia bangun bagi Izz cermin mata--- ke Izz mimpi je?" Tanya Izz Zafrel hanya melihat Harris, Rainna dan ibunya saja disini.

"Kau tak mimpi lah Izz, awek tu dah sedar. Tu haa tengah makan sorang kat dapur, dah lah baik aku teman dia. Kau ni buat orang risau jelah," Harris menjeling sebelum menghampiri Aileen yang sibuk meratah ayam goreng. Nampaknya dia benar benar lapar sehingga tidak menghiraukan orang lain.

"Maknanya memang dia lah yang hulurkan spec Izz tadi. Bukannya nak bagi salam dulu, memanglah Izz terkejut. Ibu, tu makan ke melantak? Gelojoh noh," Izz Zafrel
menunjukkan bibirnya ke arah Aileen yang sememangnya tidak peduli apa lagi. Janji perutnya diisi sehingga kenyang. Sebulan lamanya dia terlantar koma, perut hanya diisi dengan air susu saja.

"Ish! Kamu ni, kalau dia dengar nanti kecik hati pula. Dah lah ibu nak telefon maksu Maryam dulu. Berita gembira ni, haa Arjuna pun kena tahu adik dia dah sedar." Hanizah berlalu ke biliknya tidak lagi memikirkan jam waktu itu yang menunjukkan sudah pukul empat pagi. Dia mencari nombor orang orang yang mahu dia hubungi waktu itu juga. Dia yakin Maryam pasti gembira apabila mengetahui puterinya sudah sedarkan diri daripada koma yang agak lama.

"Makan elok elok, kang tercekik satu hal pulak. Koma lagi dah menyusahkan," Izz Zafrel lalu dapur untuk ke bilik air membersihkan wajahnya supaya lebih segar.

"Kau ni bukan mulut je jahat, hati pun jahat." Harris membidas kembali apa yang dikatakan Izz Zafrel bagi membela Aileen. Tulang ayam yang digigit oleh Aileen tadi dia bawa ke dapur lantas pinggan dibiarkan saja dalam sinki.

Burp!

"Peh ingatkan makan je tak senonoh, perangai pun tak senonoh. Sendawa macam orang jantan," Izz Zafrel menembaknya bertubi-tubi seakan gadis itu ada membuat salah kepadanya.

"Kau ni memang nak kena tegur semua benda yang dia buat ke? Dia baru je bukak mata kau dah cari salah dia," Rainna berpeluk tubuh menegur Izz Zafrel yang dirasakan agak keterlaluan.

"Macam mana aku tak tegur, dah apa yang dia buat tu salah. Kau tengok ni! Pinggan makan tak reti basuh, siapa nak basuhkan? Ibu? Ya Allah tak fahamlah aku!" Izz Zafrel terus membuka air lantas mencuci pinggan dan gelas yang digunakan oleh Aileen tadi. Awalnya Aileen menganggap perkara itu hanyalah biasa tetapi lama kelamaan dia merasa seronok pula melihat Izz Zafrel bising begitu.

"Terima kasih basuhkan," Aileen berbisik ke telinga Izz Zafrel menyebabkan lelaki itu menggeliat kegelian sebelum menutup kembali air di sinki.

Setengah jam setelah diberitahu Hanizah, Arjuna tiba di hadapan rumah untuk melihat adiknya. Sebulan lamanya dia tidak melihat mata adiknya bersinar apatah lagi suara Aileen yang kuat menyakat seperti dahulu. Sebaik saja melihat abangnya muncul di hadapan pintu, Aileen menjerit memanggil Arjuna lantas dipeluknya sepuas-puas yang mampu. Terasa bagaikan lama tidak berjumpa, rindunya bukan kepalang. Matanya mencari kelibat dua orang tuanya di belakang Arjuna namun nampaknya kosong saja. Mana mama dengan ayah?

"Adik dah makan? Dah minum? Cakap je nak makan apa abang pergi carikan, tapi bukan sekarang lah. Esok pagi," Arjuna memegang kedua wajah Aileen yang kelihatan manja tidak seperti dahulu. Izz Zafrel berpeluk tubuh tidak jauh daripada situ.

Dah melantak nak lapar apa lagi?

"Ibu ni ada super power ke? Ibu baru je jaga adik , adik dah sedar." Arjuna mengucapkan terima kasih tiada henti kepada Hanizah. Nampaknya mereka tidak salah orang mempercayai Hanizah.

Cinta SepertiNyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang