Part Dua Puluh

2.5K 164 6
                                    

"Awak kata awak nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, tapi semalam kenapa tak sentuh saya?" Jujur Aileen menyindir suaminya yang ralit meneguk air teh yang dibancuh olehnya.

"Now you tell me salah ke saya tuntut hak saya sebagai seorang isteri?" Aileen bersuara lagi melihat lelaki itu tidak mahu melayaninya. Sudahlah dibiarkan dia tidur seorang diri di bilik semalam, hari ini diam membisu pula. Anehnya sewaktu solat semuanya kelihatan baik saja.

"Izz——"

"Diam Aileen, aku kahwin dengan kau pun dah cukup baik. Can you please respect me? Rasanya aku tak perlu nak jawab soalan kau. Kau nak pergi kerja ke tak ni? Serabut betul!" Keluh lelaki itu meletakkan cawan sedikit kasar kerana ditekan begitu.

Aku tak cintakan kau Aileen, aku masih hormati kau sebagai adik aku. Hati aku masih untuk Airis.

"Pengantin baru dah datang! Kopak kopak kopak gedung gedung gedung——"

"Kau buat apa kat sini Harris? Office kau bangunan sebelah kan?" Izz menolak wajah Harris menyampah pula diusik pagi ini.

"Alaa aku cuma nak sambut pengantin baru je, Aileen... malam tadi okay tak? Hahahaha!" Gelak Harris bertaburan apabila mengusik kedua sahabatnya berkaitan malam pertama.

Andai aku boleh meluahkan apa yang aku rasa, pasti aku luahkan.

"Balik office kau lah!" Izz menutup pintu kaca menghalang sahabat baiknya daripada terus berada disini. Geli hati Aileen melihat kesungguhan Harris untuk ambil tahu tentang Izz.

Usai waktu kerja, Izz dan Aileen terus ke rumah Hanizah untuk menjenguk ibu mereka. Baru satu hari hidup ditempat lain namun keduanya sudah merindui Hanizah lebih lebih lagi Izz. Sejak Hanizah kematian suaminya, hanya Izz satu satunya yang setia menemani. Lumrah anak lelaki pasti merindukan masakan air tangan ibunya apalagi sudah bertahun merasa air tangan itu. Hanizah tahu Izz masih belum biasakan diri untuk melayani Aileen dengan baik, semuanya dapat dia lihat menerusi renungan mata Aileen yang kelihatan sayu. Dia cuma berdoa Izz akan membukakan pintu hatinya buat Aileen suatu masa nanti.

"Adik, sebelum tidur nanti cubalah buatkan Izz teh panas. Dia suka minum teh panas sebelum tidur." Hanizah memberi cadangan mungkin dapat membantu menantunya memikat hati Izz.

"Yeka ibu? Patutlah semalam dengar ada bunyi gelas kat dapur, adik ingatkan ada hantu ke kat rumah baru tu. Izz rupanya..." Aileen mengangguk baru teringat bunyi bising dari dapur semalam ternyata Izz.

Kenapa tak minta aku bancuhkan teh panas? Aku kan isteri dia, boleh je kot tolong...

"Ibu ikutlah Izz duduk sana, hati Izz sedihlah tengok ibu duduk sorang sorang sunyi. Dulu Izz suruh ushar Dato Borhan tu ibu taknak, kurang kurang ada jugaklah teman meniti hari indah." Usik Izz membuatkan Hanizah menggelengkan kepala sambil ketawa mengingatkan ada seorang Dato yang selalu memesan karipap buatannya hari hari dahulu kononnya sedap. Sekarang batang hidung pun tak ada!

"Macam ni lah anak ibu yang ibu kenal, suka usik ibu. Ibu harap Izz kekal macam ni lagi lagi bila dengan adik, okay?" Sempat Hanizah menasihati anak lelakinya. Tawa Izz yang panjang tadinya berubah menjadikan wajahnya tegang kembali tatkala mata bertaut dengan Aileen.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now