Part Empat Belas

1.8K 152 9
                                    

"Overdose ubat tidur!" Serentak Aileen, Hanizah, Rainna dan Harris mempersoalkan kembali apa yang diberitahu oleh jururawat yang keluar daripada bilik dimana Izz Zafrel ditempatkan.

"Masa bila Izz pandai ambik ubat tidur ni ibu?" Harris mempersoalkan soalan yang sememangnya Hanizah sendiri tidak tahu mahu menjawabnya. Dia mengambil tempat duduk kembali di kerusi menunggu anaknya dibenarkan untuk berjumpa. Apa yang bermain difikiran Hanizah adalah kenapa Izz ambil ubat tidur? Besar sangat ke masalah anak aku? Ya Allah...

"Izz ada masalah apa ibu? Dia tak pernah cakap? Yelah, dengan kitaorang dorang dah jarang dia videocall sekarang..." tanya Rainna duduk disebelah Hanizah cuba mengungkap punca sahabatnya boleh bertindak memakan ubat tidur. Pasti ada masalah yang mengusutkan fikirannya.

"Ibu tak tahu... ibu sendiri tak pernah nampak dia makan semua ubat ubat macam tu, makan ubat demam pun dia susah---"

Makan ubat biasa pun susah, inikan nak makan ubat tidur... pelik, sungguh pelik...

"Kau rasa ada orang nak sabotaj Izz tak? Yelah maksud aku mungkin ada orang dengki ke," Harris memandang ke arah Rainna cuba berbincang jika ada kemungkinan yang berlaku. Mata Rainna mengerling ke arah Aileen seakan dia pelaku yang menyebabkan Izz Zafrel dirawat sekarang, mungkin juga semua ini adalah rancangan Aileen!

"Takkanlah Aileen?! Dia tu sayang Izz kot," bisik Harris seakan memarahi Rainna apabila dia mengerti isyarat mata yang ditunjukkan oleh Rainna. Wajah gadis itu serta merta berubah apabila tuduhan dalam kepalanya dipatahkan oleh Harris yang membela Aileen.

Doktor hanya membenarkan Hanizah saja masuk untuk berjumpa dengan anaknya meskipun belum juga sedar kesan terlebih pil tidur masih kuat. Hati Aileen turut sakit melihat lelaki yang begitu dia cintai terbaring saja, seluruh badan kaku tidak bergerak sedikit pun. Apa yang membuatkan Aileen bertambah sakit ialah kegembiraan yang baru dia kecapi rupanya terselit penderitaan yang dihadapi oleh lelaki itu. Mungkinkah semua ini terjadi kerana Izz begitu rindukan gadis yang dia sukakan itu? Sakitnya hati ni...

"Tak mungkinlah orang nak letak ubat tidur kat restoran mamak? Kau fikir logiklah," Harris masih memikirkan logika tentang apa yang menimpa sahabatnya.

"Kita sampai restoran tu lambatlah, kau ingat baliklah siapa yang berduaan dengan Izz tadi!" Suara Rainna diperlahankan tatkala mengucapkan baris ayatnya tidak mahu didengari oleh Aileen namun telinganya terlebih tajam menangkap setiap butir ayat Rainna. Nampaknya kedua sahabat Izz seakan menuduhnya menganiaya lelaki itu.

Sebelum pergi lunch tadi... Izz minum air aku, maknanya dalam air aku!

"Aku takkan buat macam tu pada Izz, aku sayang dia lebih daripada nyawa aku." Suara Aileen menyindir Harris dan Rainna sebelum dia berjalan mahu kembali ke pejabat menyelesaikan sesuatu perkara. Nyawa harus dibalas dengan nyawa.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now