Izz perasan Aileen asyik bermain mata dengannya saja sejak daripada rumah lagi, dia tahu ini mungkin angkara dirinya yang tidak mampu mengawal rasa gejolak nafsu. Dia sendiri bingung mengapa dia harus membalas kucupan istimewa isterinya, ia adalah kucupan pertama yang dia rasakan selama hayatnya. Gadis itu benar sudah meragut sifat malunya bahkan hampir saja dia melakukan perkara itu namun segera dia menyedari apabila rasa itu sudah dipuncaknya. Itu salah Izz...
"I know you were happy yesterday tapi semua tu tak ada maksud apa apa... i hope you will forget about it." Suara Izz kedengaran gugup mahu jujur mengenai semalam. Wajah Aileen tadinya gembira bertukar menjadi bingung.
How dare you ask me to forget when you really want it like so hard yesterday? Come on Izz!
"You almost touch me——"
"Almost Aileen, tapi belum kan? It was a mistake." Izz menerangkan lagi mahu gadis itu faham dia tidak sengaja berbuat begitu.
"Tapi kita dah halal, so nothing wrong with it. Jangan salahkan saya kalau saya terpaksa mulakan, im your wife." Aileen berpeluk tubuh nampaknya memberi amaran yang dia akan mengganas dan dia benar benar maksudkan. Haknya sebagai isteri dipertikaikan? Mana mungkin.
Please Aileen... jangan kotorkan hati aku dengan nafsu itu. Aku ingin jaga hati ini buat Airis.
"Kita nak beli apa ni? Dah buat list?" Tanya Izz sebaik saja melangkah masuk ke dalam pasaraya menolak troli terlebih dahulu berjalan ke depan.
"Banyak! Telur, beras, sayur, sabun, bla bla bla——"
"Okay just take whatever you want. Ingat! Beli yang perlu sahaja, jangan membazir." Pesan Izz mengingatkan gadis itu memandangkan isterinya selalu gila apabila terlihat makanan.
"Kedekutnya! Eee," rungut Aileen mengejek suaminya sebelum berjalan ke depan mencari beras dahulu.
Geli hati juga sekali sekala melihat Aileen memilih sayur dan buah apabila isterinya sukar membuat pilihan. Selalunya ibu yang menemani mereka membeli barang keperluan rumah namun kali ini berbeza, mereka harus membuat segalanya sendiri. Izz terlihat pek promosi nescafe mendorongnya meninggalkan troli ditepi begitu saja lantas meluru mendapatkan air nescafe percuma mahu merasa dahulu sebelum membuat pilihan mahu membeli perisa yang disukai.
"Buah oren nak tak? Izz? Oh Izz——"
Dia tinggalkan troli dengan aku? Mana pegi Izz ni? Ish!
Usai memilih nescafe pilihannya, Izz kembali ke tempat memilih buah tadi namun dia dapati Aileen sudah tiada disitu. Matanya meliar mencari Aileen disekeliling namun tidak juga kelihatan. Nescafe tadi dipeluknya erat dengan kepalanya sudah berfikir mahu membayar terlebih dahulu. Tapi nanti Aileen kata aku kedekut pulak taknak bayar semua barang belanja? Ish!
"Hah! Sayang jugak awak dengan saya kan? Terjengah jengah,"
"Kau pergi mana? Aku tinggal sekejap je kau dah merayap. Tak boleh ke lepas pilih buah kau duduk sini diam diam? Aku tinggal kang kau kata aku kedekut pulak." Sinis Izz memarahi Aileen yang ternyata tidak bersalah. Aileen membontoti lelaki itu ke kaunter untuk membayar semua barang belanja sambil nescafe tadi masih dipeluk oleh lelaki itu.
Kau peluk nescafe tu lagi erat daripada kau peluk aku. Ceh!
"Ini semua pasal si Harris lah, nak house warming bagai sampai kena belanja barang rumah lebih..." rungut Izz sebelum menutup bonet keretanya.
Rancangan untuk mengadakan house warming bersama sahabat mereka berjalan dengan lancar. Pada hari itu hanya ada Rainna, Arjuna, Sofea dan Harris. Kaum lelaki awal awal sudah merancang mahu bermandi manda di kolam renang setelah mendapat keizinan tuan rumah. Sofea melihat wajah Aileen benar benar gembira bersuamikan lelaki yang dia benar benar cinta, semuanya berlaku dengan pantas sesuai dengan harapannya. Memandangkan Rainna bakal menjadi kakak ipar Aileen tidak lama lagi, mereka merancang mahu mengajar Rainna cara cara berdandan persis wanita sebenar. Usai menghidangkan makanan buat kaum lelaki, mereka naik ke atas mahu melihat Rainna mencuba beberapa pakaian untuk menarik perhatian abang Arjuna.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta SepertiNya
RomanceDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...
