Dia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih?
'Learn to love me maybe?' - Aileen
'Hati ini milik Airis!'...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Ibu cuma nak tahu apa yang Izz buat pada adik," suara Hanizah mendatar disertai getaran hiba saat menegur anak lelakinya.
"Izz---- Izz minta maaf ibu," tangisnya mencium tangan Hanizah memohon ampun. Dia tahu ibunya benar benar marah kali ini. Sofea mendekati dua beranak itu dengan niat mahu menenangkan Hanizah yang dia hantar ke sini sebaik mendapat panggilan daripada Izz bahkan keluarga Aileen saja belum dimaklumkan.
"Apa Izz buat pada adik?!" Tengking Hanizah menolak bahu anak lelakinya.
"Izz biarkan dia kat luar masa dia mohon Izz satu peluang, Izz tahu salah Izz ibu! Izz minta maaf!" Izz tetap menarik tangan ibunya memohon maaf sekali lagi meskipun ditepis berkali kali.
"Ya Allah Izz, kenapa Izz kejam dengan adik? Ibu tak sangka darah daging ibu manusia tak berhati perut... allahuakbar..." tangis Hanizah menundukkan wajah kesal dengan sikap Izz melayani menantunya.
Visual wajah Aileen berdiri di luar rumah dalam keadaan hujan petir menyabung bermain di fikiran Hanizah menambah sakit di dadanya mengenangkan perbuatan Izz yang kejam.
"Izz salah ibu----"
"Apa ibu nak cakap dengan keluarga Aileen nanti, anak lelaki ibu seksa anak dorang? Ya allah..." terhinjut hinjut tubuh orang tua itu melepaskan segala hibanya mengenangkan nyawa menantunya di dalam.
"Puas hati kau Izz? Daripada awal kahwin lagi aku dah agak, Aileen memang terseksa. Seksa nak dapatkan perhatian kau! Perempuan yang kau panggil murahan tu sayangkan kau, lebih dari siapapun di dunia ni!"
"Aku tahu Sofea... aku bersalah..." Izz menekup dahinya menahan rasa berdosa yang amat sangat.
"Kalau terjadi apa apa pada kawan baik aku, aku tak akan maafkan kau Izz. Kau ingat tu," Sofea bangun mahu ke bilik air menyusuli Hanizah yang tiba tiba meninggalkan mereka berdua tidak tahan mahu menghadapi situasi ini.
"Kau ditangkap khalway dengan dia, semuanya kerja aku. Dia tak tahu apa pun." Sofea berhenti setelah menyampaikan sesuatu yang sekali lagi meruntuhkan hati Izz. Kali ini dia benar terduduk dihuni dengan perasaan yang lebih bersalah.
Perempuan yang aku panggil murahan tu isteri aku... aku sayang dia ya Allah... jangan kau ambil dia sebelum aku ungkapkan rahsia hati ini. Saya minta maaf Aileen...
Hujan yang lebat sejak tadinya mulai berhenti seiring dengan airmata Izz yang sudah mengering. Bayang Hanizah dan Sofea yang sepatutnya ada disini tidak lagi kelihatan, tidak hairanlah kerana Hanizah masih marahkannya. Matanya tertumpu ke arah bilik kecemasan yang pintunya masih belum dibuka oleh siapapun sejak tadi. Kepalanya mulai terasa berat disertai dengan selsema ringan tiba tiba menyerang dek kerana dia masih memakai pakaian yang basah. Mata Izz menangkap tangan yang menghulur lipatan pakaian dan mengarahnya untuk pergi menukar itu dengan segera. Dia tahu ibu masih marah namun hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya basah kuyup begitu.