Part 31

6.4K 334 86
                                    

Song - Ku Dengannya Kau Dengan Dia, Afgan

Izz dibawa pulang ke rumah setelah cubaannya mahu berjumpa dengan Aileen gagal kerana gadis itu benar tidak mahu berjumpa sesiapa buat masa ini. Segala rayuan Izz di hadapan rumah dia endahkan saja bahkan saat diberitahu lelaki itu tidak sihat oleh Mahfiz langsung dia tidak peduli lagi. Hatinya benar keras kali ini, dia nekad mahu membiarkan lelaki itu bahagia dengan pilihan utamanya. Arjuna memohon Izz supaya menghormati keputusan Aileen buat masa sekarang, dia menyuruh adik iparnya pulang terlebih dahulu barangkali angin Aileen akan lebih baik hari esok atau lusa.

"Dia betul betul bencikan Izz ibu..." Izz mengerutkan keningnya menahan sebak yang mencucuk di hati. Situasi itu diperhatikan oleh Airis yang duduk tidak jauh daripada mereka sedang menyediakan makan malam di dapur.

"Aileen tak bencikan Izz, dia cuma keliru. Izz kena bagi masa untuk dia tenangkan fikiran." Hanizah memeluk anak lelakinya membiarkan Izz menangis sepuasnya. Kerinduan yang sukar ditafsirkan dengan kata kata.

Izz betul betul cintakan isterinya lebih dari segalanya...

"Siapa nama saksi tu?" Tanya Airis tiba tiba mencelah ingin tahu juga maklumat tentang kes yang berkaitan dengannya.

"Lyna rasanya." Jawab Harris ringkas sambil menganggukkan kepalanya.

Lyna?! Apa kaitan dia dengan semua ni?

Hanizah mengajak Harris dan Rainna bermalam disitu memandangkan esok hari minggu, harapnya boleh dibuat teman untuk Izz bergurau dan ceria seperti dahulu lagi. Usai makan malam, Izz masih dimeja makan menguis bubur yang dimasak oleh Airis. Fikirannya mengelamun memikirkan betapa dinginnya Aileen sekarang. Jangankan mahu berjumpa, melihatnya saja Aileen tidak sudi. Benarlah kata kata Aileen dahulu sememangnya buat dia. Manusia hanya akan sakit bila orang yang dia sayang dah pergi.

"Aileen buatkan saya teh panas tau," ujar Izz spontan seperti kebiasaannya namun apabila menyedari semua yang berlaku dia cepat cepat bangun dan meninggalkan ruangan dapur lantas ke biliknya. Hanizah dan yang lain sedang asyik berbual tadinya terus terdiam dan memandang Izz. Mereka tahu kerinduan lelaki itu sudah tidak tertahan.

Izz merebahkan tubuhnya ke katil setelah menelan dua biji ubat demam yang disediakan oleh Airis. Memang benar Airis ada didepan matanya sekarang persis apa yang dia mahukan dulu namun semua itu sudah berakhir sejak dia menyerahkan seluruh hatinya buat Aileen. Tiada tempat lagi dihatinya buat gadis yang pernah melukainya dahulu, peluang itu tidak lagi wujud. Fikirannya asyik teringatkan bagaimana keadaan Aileen sekarang, lenakah tidur isterinya tanpa dia disisi? Besarnya pengorbanan Aileen sehingga sanggup mengakui kesalahan yang dia sendiri tidak lakukan demi aku. Dayusnya aku membawa gadis lain ke sini sehingga aku terlupa perasaan isteri sendiri...

"Jangan rasa hidup awak dah berakhir, bukan awak mintak pun semua tu kan?" Harris menegur Airis yang duduk di hadapan kolam renang termenung memikirkan sesuatu.

"Mungkin ini balasan atas apa yang saya dah buat pada mak, saya tak sepatutnya tinggalkan keluarga dulu." Ujarnya mulai sebak teringatkan orang tuanya, lebih lebih lagi jika tahu perkara sebenar.

"Semua manusia kan pernah buat silap, saya tahu awak tak berniat pun nak hancurkan hubungan Izz dan Aileen kan?" Teka Harris memandangkan Izz sememangnya ada memberitahu Airis langsung tidak tahu tentang hubungan mereka.

"Saya sumpah saya tak tahu Aileen isteri Izz... kalau saya tahu, saya tak akan minta tolong pada Izz malam tu." Tuturnya kedengaran begitu kesal sambil wajahnya ditunduk kebawah.

"Awak cantik bila tak pakai makeup tebal macam biasa, lagi cantik kalau tengok dekat dekat macam ni." puji Harris membuatkan gadis itu tersipu malu lantas mengukir senyum. Airis akui dia dalam media selama ini hanyalah palsu, cantik yang beralaskan solekan tebal semata mata.

Cinta SepertiNyaWhere stories live. Discover now