(Song - Nakal Nakal Nakal, Ayda & Janjinya Syurga, SuperC)
"Duduk sini terus ibu?!" Jerit Izz Zafrel sebaik saja Aileen menyatakan hasratnya mahu tetap tinggal disini. Hanizah menarik menutup mulut anaknya lantas dibawa masuk ke bilik untuk berbincang seketika membiarkan orang tua Aileen diluar.
"Ish! Ibu ni kenapa nak kena ikut je apa budak tu mintak? Ibu boleh je kata 'tak boleh'---"
"Shhh! Ni rumah ibu ke rumah kamu?" Hanizah mencekak pinggangnya ala ala bos besar.
"Rumah ibulah..." Izz Zafrel mencebik menundukkan wajahnya terpaksa akur apatah lagi ini sememangnya impian ibu untuk ada anak angkat perempuan.
Izz Zafrel keluar bersama Hanizah setelah mencapai kata sepakat akhirnya. Izz Zafrel tetap harus menurut kerana sememangnya dia tidak mampu membantah perempuan kesayangannya itu. Matanya menjeling Aileen yang sudah berwajah ceria dibenarkan untuk terus tinggal di rumah ini. Awalnya Maryam agak berat hati memandangkan dia mahu meluangkan masa bersama Aileen namun setelah puas mendengar rengekkan anak gadisnya dia terpaksa bersetuju juga. Mahfiz dan Maryam meminta diri untuk pulang dahulu dengan janji akan kembali membawa semua barang Aileen ke sini. Izz Zafrel lagi lagi terpaksa melihat gadis itu mengenyitkan mata berulang kali sejak tadi. Ringan saja tangannya mahu mencari kain mengikat mata Aileen, biar tak nampak terus!
"Kau memang tak reti balik kemas barang sendiri? Kena menyusahkan orang tua kau? Sedih betul perangai kau ni," Izz Zafrel berlalu mahu ke dapur setelah Maryam dan Mahfiz hilang daripada perkarangan rumah.
"Janganlah marah, hilang comel tu..." Aileen mengikuti setiap langkah Izz Zafrel, wajah lelaki itu tidak lepas daripada pandangannya. Hanizah perasan anak angkatnya semakin menyukai Izz Zafrel, terhibur juga melihat dua beradik angkat ini bergaduh.
"Haa esok bolehlah anak anak ibu pergi kerja sekali. Jimat kereta, jimat minyak, jimat----"
"Jimat? Kedekut adelah. Menyusahkan, menyakitkan hati, semua yang tak eloklah kalau Izz dengan dia." Izz Zafrel meninggalkan Aileen dan Hanizah berdua diluar malas mahu ikut serta lagi. Kadangkala kecil hati juga ibu kesayangan mula lebihkan orang lain biarpun baru saja bersama. Aileen sempat mengerling ke arah Izz Zafrel yang mahu menutup pintu bilik, bimbang digoda agaknya.
"Ibu, Izz tu ada girlfriend?" Tanya Aileen menguis minuman nestum dalam cawannya.
"Izz? Ada girlfriend? Haha! Siapa nakkan anak ibu sorang tu, bukannya elok sangat macam Aileen tu. Kalau dia elok dah lama rumah ibu ni penuh perempuan beratur ambil nombor giliran nak jadi bakal isteri," gelak Hanizah mentertawakan anaknya sendiri menyebabkan Aileen turut serta gelak. Tak elok? Tapi kau ada satu aura yang buat aku mahukan kau Izz... aku sanggup buat apa saja untuk bersama kau. Seribu kali kau menolak, sejuta kali aku akan mendekat.
"Tapi Izz tu adalah suka model muslimah dalam tv tu, alah yang iklan minyak wangi tu. Airis Zahra. Berangan bolehlah..." Hanizah sekali lagi menyakat Izz Zafrel sambil tergelak menyediakan makan tengahari.
Model muslimah? Dia suka perempuan yang bertutup? Aku kena bertutup jugak ke? Macam jahat pulak bertutup semata mata untuk dapatkan perhatian Izz...
"Izz suka makan apa ibu? Dia suka minum apa? Dia suka buat apa masa lapang?" Tanya Aileen tanpa segan silu lagi. Dia harus tahu semua maklumat berkaitan Izz Zafrel, apatah lagi Hanizah ibu lelaki itu sendiri. Sudah pasti banyak maklumat yang dia akan perolehi, pedulikan malu ke tak malu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta SepertiNya
RomanceDia bukan gadis bimbo, dia gadis yang dahagakan kasih aku, kasih seorang lelaki yang dambakan cinta wanita lain. Aku mahu gadis yang santun menjadi teman hidup aku. Apa salah aku memilih? 'Learn to love me maybe?' - Aileen 'Hati ini milik Airis!'...
