HATI

780 32 0
                                    

Hati,
Kalau sekali jatuh cinta,
Hati dipanah.
Tetapi tidak terluka,
Kerana senyuman.

Hati,
Kalau ditinggalkan,
Panah ditarik dibawa pergi,
Terkeluarlah air darah dari hati,
Setitis demi setitis.

Hati,
Kalau dipermainankan,
Kata-kata menjadi peluru.
Membunuh hati yang setia,
Tanpa belas kasihan.

Hati,
Kalau cinta menjadi benci,
Hati menjadi hancur berkecai,
Ibarat bom nuklear meletus,
Di depan mata.

Alif

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now