BANGKIT

241 11 2
                                    

Aku dah penat rasa kehilangan,
Sudah puas rasa kegemilangan.
Aku mahukan ketenangan
Dari hidup kesenangan.
Biar aku hilangkan diri
Dalam dunia kegelapan.
Cuba maafkan diri
Kerana banyak kesilapan.
Aku cuma insan di jalanan
Yang cuba cari makanan
Sambil membuat pesanan
Kegagalan bukan pengakhiran.

Rumah banglo besar bermula dari sekecil bata.
Sebanyak mana harta mampu hilang sekelip mata.
Aku menyeru nama-Mu ya Al-Fattah
Untuk menakluk bumi yang tidak satah
Dari segala fitnah Dajjal Al-Masih
Sebelum turunnya Nabi Isa Al-Masih
Kerana aku masih lagi ketagih
Dengan ayat carutan yang fasih.
Ampunkanlah dosa hamba-Mu yang lain
Yang masih leka bermain
Dengan dunia yang hanya sia-sia.
Aku menanti satu anastasia
Dari satu mimpi fantasia
Yang dialami satu umat manusia.

Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now