INDAH 2

141 4 2
                                    

Indahnya sebuah senyuman
Dari seorang gadis beriman.
Aku pula dibasahi tangisan
Melihat gadis akhir zaman.

Mereka adakan sketsa manisan
Di tengah-tengah baris lapisan
Masyarakat yang asyik habiskan
Masa dengan dunia percintaan.

Aku di sini bersendirian
Kerana terputus sebuah ikatan
Antara dua persaudaraan
Yang bergelar persahabatan.

Aku mula hilang perasaan
Biarpun ada berita menggembirakan.
Apa yang kau nak cakapkan,
Mesti kau kata begini, kan?
"Haha! Alif ni lawaklah, kan?
Patut ambil bidang lakonan."

Hakikatnya, aku serigala jadian
Yang menyedihkan di jalanan.
Apa kata korang duduk
Dan dengar aku ceritakan.
Pasti kamu semua tertunduk
Kerana kisahku menderitakan.

Alif & Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now