SALAH SIAPA?

119 5 1
                                    

Salah siapa?
Ketika suami isteri
Mencari rezeki
Dilanggar lari
Pemandu lupa diri.
Mereka berniaga
Demi menjaga
Ahli keluarga
Biarpun tak kaya.
Namun, ada pula
Mulut bersuara
Tentang mereka
Berdua bahawa
Mereka salah
Kerana menjaja
Di tempat salah.
Pemandu pula
Mabuk dengan tawa.
Salah siapa?

Salah siapa?
Seorang pengawal
Sedang berkawal
Dengan mata juling,
Bukannya teleng.
Dia berbual sakan
Bersama rakan
Dengan mata kanan
Tertumpu pada guru perempuan
Yang pakai baju ketat
Hingga nampak aurat.
Terus buat surat aduan
Kerana cabul kehormatan.
Guru besar buang mangsa
Ibarat tiada masa
Mendengar kata-kata
Mangsa dan air mata.
Salah siapa?

Salah siapa?
Gadis jalanan
Mencari makanan
Untuk beri sarapan
Kepada anak harapan
Dari tong belakang jalan.
Itu saja menjadi habuan.
Namun, ditangkap persatuan.
Entah apa dilakukan
Sedangkan dia berusaha
Biarpun kurang upaya.
Seringkali diganggu buaya
Darat dari alam maya.
Hidupnya dulu kaya
Tapi dibuang keluarga
Hanya kerana badan dua.
Itupun tidak rela juga.
Salah siapa?

Alif & Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now