APA HASILNYA?

182 2 0
                                    

April, Mei, Jun, Julai
sampai Ogos aku terkulai.
Bila hutang mahu langsai?
Walhal semua sudah selesai.

Sudah penat kerja di panggung.
Apakah upah masih ditanggung?
Harapkan orang tinggi disanjung.
Rupanya masih belajar bercangkung.

Lagu orang susah nak kecam?
Sungguh otak kamu nampak kejam.
Orang dulu turun sawah berjam-jam,
berimpian berhaji minum air zam-zam.

Budak sekarang? Apa barang?
Otak bukan lagi macam udang,
tapi otak kekal dekat lutut.
Banyak sangat jadi tali barut.

Surat kena pos gara PKP.
Tapi masih belum lunas lagi.
Apa cerita ni HEP?
Orang dah nak masuk poli.

Itu baru dua cerita.
Ini baru kisah derita.
Keluarga aku sudah terluka.
Pasar malam bila nak buka?

Apa hasil kami? Di mana hak kami?
Apa kamu jadi pagar makan padi?
Apa kamu tidak sedar,
Diamnya lautan mampu bisa jadi ombak tsunami?

Hidup aku memang susah.
Sudah terbiasa kena ludah.
Bila aku senang dan mudah,
usah pula nak berpaling tadah.

Ami

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now