2020

59 1 0
                                    


Sudah masuk dua puluh
Dua puluh lampu suluh
Malap teruk kena peluh
Hujan guruh aku keluh.
Jalan gelap aku hadap
Dalam senyap ilmu ranap,
Jadi bengap macam arnab
Tewas dari kekura lembab.
Sudahlah dengan tiga angka
Dari keputusan tidak jangka.
Pelan hidup yang dah dirangka
Musnah tinggal tulang rangka.
Kini separuh dari seribu.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Apa bisa boleh cecah beribu?
Aku cuma boleh bagi tu;

Pertama, undi satu nama
Di mana dia berkarisma.
Waktu pilih usah dilema.
Ikut kalbu dan juga sukma.
Mereka ini hanya kanak-kanak
Sering tikam lidah sama onak.
Terus-terang tak guna otak.
Apalagi fikir luar kotak.
Kedua, kalau mahu bersua,
Keluar rumah usah berdua.
Takut ketiga bagi petua
Bentuk khurafat jadi ketua.
Gila kuasa akan terus berbahas
Macam Mazlan Idris bertemu nahas
Kena kapak kerat lapan belas.
Oops... Terlajak pula aku lafaz.

Sepatutnya aku rehat
Dalam enam belas kerat
Tapi geram penuh sarat
Sampai tiga dua kerat.
Tadi sudah tiga puluh enam
Kerat aku luah dalam hadam.
Otak basah sampai kapal karam.
Sekarang kerat empat puluh ngam.

-Farid, Musang, Najmi & Jimmy

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now