TULISAN

28 2 0
                                    


Kalau tak suka X dalam matematika,
Mengapa guna X dalam kata-kata?
Yang panjang kata dibinasa
Kerana hilang abjad aksara.

Masyarakat mudah lupa diri.
Orang pada masa kini
Lebih afdal guna rumi.
Ugh... Mana perginya jawi?

Ceraikan aksara dalam kalimah,
Anggap sahaja itu mukadimah.
Sanggup binasa bahasa azimah.
Inikah bahasa Melayu terindah?

Ceritanya karam dalam perahu
Kerana kapal layar lebih laju.
Terbuktilah bahawa Melayu
Abaikan bahasa terdahulu.

Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now