SETIA YANG DIKHIANAT

521 28 3
                                    

Aku sanjung padamu,
Sampai langit ketujuh,
Kerana kebaikanmu,
Sedangkan hatimu,
Tidak kutahu.
Tapi,
Kau tinggalkan aku,
Di tengah musim tengkujuh,
Kerana kejahatanku,
Sedangkan hatiku,
Tidak kautahu.

Aku setia padamu,
Aku jujur padamu,
Hingga ke syurga,
Bernama Firdaus,
Bersama orang-orang beriman.
Tapi,
Kau khianati aku,
Kau bohongi aku,
Heret aku ke neraka,
Bernama Jahanam,
Bersama orang-orang munafik.

Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now