BUMI BERUSIA

38 2 0
                                    

Mantera keramat datang beradu.
Fikir selamat bernafas baru
sedang kesumat memburu nafsu
dengan mengumpat dalam lagu.

Benarlah dunia semakin tua.
Nikmat terkurnia disalahguna.
Segala lakonnya hanya percuma.
Sampai masanya tersungkur jua.

Tanpa sejarah, tak kenal loghat.
Tanpa sejadah, tak boleh solat.
Tangan bertadah mahukan hajat.
Tidak mengalah pohonkan rahmat.

Bila rumah cantik dikosongkan,
rumah mana mahu dikunjungkan?
Sedang tandanya sudah ditonjolkan,
apa bisa kita perbetulkan?

Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now