PENGGANAS

628 11 4
                                    

Dunia kini tiada lagi kasihan,
Hanya dibasahi tangisan.
Perhatikan mereka berlari bertempiaran,
Mencari tempat pelindungan.

Ini bukan kisah lawak!
Bila peluru dilepas secara rawak,
Tiada ada yang mampu dibawa,
Hanya mampu pertaruhkan nyawa.
Apabila keluarga menghilang,
Air mata hanya mampu bergelinang
Melihat mereka yang tidak sempat meminang.
Senjata dikira, peluru dibilang
Lalu diangkut untuk berperang.
Aku di sini cakap terang-terang,
Aku sanggup hunuskan keris,
Dan pertaruhkan paha dan betis,
Biar todak langgar aku hingga kulitku terhiris.
Kerana hatiku terguris melihat kanak-kanak menangis.

Kau lihat kanak-kanak di hujung sana,
Hanya mampu menangis tiada ibu dan bapa.
Tiada senyuman tercalit di wajah.
Hanya cecair merah berdarah
Mengalir dari luka yang parah.
Apabila bedilan bom ke Syria mencetus huru-hara,
Dan tentera ISIS datang mara,
Biar aku rap ikut rentak lagu Gong Nekara
Ditambah utusan warkah dari salam neraka.
Katakanlah wujudnya Taiga Aisaka,
Pastinya dia bersuara dengan ayat puaka,
"Baka! Anata wa bakadesu! Baka!"
Sabar Aisaka.
Biar aku lakar sebuah puisi yang membakar.

Dalam geografi terlakar Myanmar
Sedangkan asalnya digelar Burma.
Ini semua gara-gara komunis
Suka menindas golongan Burmis.
Itu dulu, ini lain.
Golongan Rohingnya dibuat main
Sampaikan wanita dirogol lalu pula dibunuh.
Apakah air tolol dalam otak mereka sudah penuh?
Bumi Myanmar ibarat negara perang.
Semua tindakan dibuat secara berang.
Sudah cukup ilmu ke nak serang?
Tak boleh ke nak berbincang terus-terang?
Untuk menciptakan kedamaian dan ketenangan?
Kerana peperangan takkan berakhir kemenangan.

Bila Masjid Aqsa ditawan ISIS
Inikan pula masjid di NZ diserang teroris,
Jiwa islamikku takkan terguris
Kerana serangan kau buatkan hatiku terhiris.
Biar puisiku jadi peluru
Tembak terus meluru
Tepat ke arah sasaranku
Ibarat peluru berpandu,
Kerana aku dah pakar.
Untuk tembak kau punya zakar
Semangat kami membakar
Dengan satu nama terlakar
Dan laungan Allahuakbar,
Kami takkan gentar.

Dunia kini tiada lagi kasihan,
Hanya dibasahi tangisan.
Perhatikan mereka berlari bertempiaran,
Mencari tempat pelindungan.
Mereka hanya berimpian
Untuk hidup keamanan
Dari hidup penderitaan.
Ini bukan permulaan,
Bahkan pengakhiran
Untuk satu penceritaan.

Alif, Farid, Musang, Hoshiko & Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now