MUSANG

337 22 0
                                    

Musang,
Haiwan yang tak diketahui tutur katanya,
Bukannya bisu.
Dia diam.
Dia senyap.
Dia hanya memerhati gerak-geri binatang.
Tapi,
Dia pantas.
Dia licik.
Dia hebat membuat terkaman.
Melapah kulit mangsa hidup-hidup,
Tanpa belas kasihan,
Kerana kelicikannya.

Aku,
Insan yang tak tahu hendak bersuara,
Bukannya bisu juga.
Aku diam.
Aku senyap.
Aku hanya memerhati gerak-geri manusia.
Tapi,
Aku pendam.
Aku pendendam.
Aku kejam.
Menikam hati manusia,
Dengan kata-kata,
Kerana ayatku pasti berbisa.

Aku dan Musang,
Sama saja,
Asyik membisu.
Kami diam,
Kami senyap,
Hanya memerhati objek yang bernyawa.
Akan sampai masa nanti,
Kami terkam,
Dengan kata-kata maut.
Kubur kamu semua,
Akan kami gali bersama.
Sampaikan salam kami,
Ke lubang api neraka.

Sebelum kami bertindak,
Kami hendak berpesan;
Jangan sesekali,
Musang berbicara!
Sekali musang bicara,
Semua hilang seribu kata,
Atau mungkin,
Sembilan nyawa.

MC Fox

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now