WARISAN

107 2 0
                                    

Kisah lama mari kita hayati.
Biar kurus janji rela mati.
Tan Sri P. Ramlee imbas kembali
Sarjan Hassan di kaca TV.

Tapi, ramai layan Leftenan Zana,
Bukan lagi Leftenan Adnan.
Jadi, bangsa kita di mana?
Mana pejuang Dato Bahaman?

Abad pertengahan sembilan belas,
Jawi mula tukar jadi rumi.
Huruf rumi bawa masuk kelas.
Tulisan jawi terus dikebumi.

Keris dahulu di tangan.
Kini, menjadi barangan
Kerana negara sudah aman.
Sayang mati ditelan zaman.

Dalam dunia skrin-sentuh,
Buku sejarah tak disentuh.
Akal minda masih sembuh,
Tapi sejarah kian lumpuh.

Ramai tidak mahu ambil tahu kisah mereka.
Tiada siapa tahu Hang Tuah larikan Tun Teja.
Inikan pula kisah Dato' Maharajalela.
Apatah lagi, ingatkan Yang Maha Esa.

Farid

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now