ADIK

356 13 16
                                    

Adik: Abang, jom main Truth or Dare!
Abang: Okey, abang pilih Dare.
Adik: Okey, adik nak abang buat satu lagu untuk adik.
Abang: Eh, boleh je! Dengar!

Ada seorang gadis,
Menyepi dengan air tangis.
Yes, she is my little sis.
Senyumannya manis.
Dia baik lagi cantik.
Sebagai abang, aku tabik.
Nampak comel bila cebik.
Buatkan aku lemah lembik.
Although she's annoying
Disturbing me playing
skipping while singing,
She's try hustling
My rap so that I'm dead
Like dad who's sad
About granddad's death
Like General Esdeath.

Dialah adikku yang wujudkan senyumanku
Di kala waktu sepiku, buatkan diriku terkaku.
Hatiku terpaku dengan ungkapan yang laku
Dari duit saku kalaupun berbahasa baku.

Ajak lepak makan cincau,
Dia ajak makan kuey teow.
Tengok muka dah tau,
Dia nak sedap kaw-kaw.
Sambil makan baca novel
Satu kisah Fairytale.
Her English reading very well
Exam result? Please I cannot tell.
Her smart is outrageous.
Her poetry is dangerous.
Her rap is so marvelous
Like brother Fabolous.
Lepas makan, dia cabut lari
Sebab dia nak makan free.
Kau boleh lari,
Tapi tak boleh sembunyi.

Dialah adikku yang wujudkan senyumanku
Di kala waktu sepiku, buatkan diriku terkaku.
Hatiku terpaku dengan ungkapan yang laku
Dari duit saku kalaupun berbahasa baku.

Masuk bilik dia memekak
Sebab bawah katil ada cicak.
Macam minta penyepak terajang.
Esok lusa, dia tak main Kuda Kepang.
Kalau jumpa lipas,
Penyapu juga dilibas.
Maki hamun siap berkias,
Tapi aku yang kena tempias.
Kalau dia nampak ular,
Confirm basah dalam seluar.
Bila abang ajak keluar,
Confirm dia tukar seluar.
Keluar malam nampak hantu.
Dia betul-betul berdiri di situ.
Adik berucap sambil pegang batu.
"Aku lagi takut Yang Satu!".

Dialah adikku yang wujudkan senyumanku
Di kala waktu sepiku, buatkan diriku terkaku.
Hatiku terpaku dengan ungkapan yang laku
Dari duit saku kalaupun berbahasa baku.
Apabila aku tiada nanti, carilah teman pengganti
Yang sejiwa sehati dengan puisiku yang tak mati.
Jadilah rapper seperti Ice-T yang zahirkan OG,
Akhirkan dengan GG kerana aku sentiasa di sisi.

Alif

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now