PUISI HINA

63 1 0
                                    


Sejak sekolah menengah lagi,
Puisi diolah gelap menjadi.
Pena dipangkah cara lelaki
Bertandang di tengah arena berapi.

Biar otak sahaja diperah
Di luar kotak. Hanya berkerah
Kudrat beronak tanpa menyerah.
Siapa pula jadi kifarah.

Kerap qiam lagak protagonis.
Dalam diam aku antagonis.
Tawa masam dalam tangis,
Sudah macam budak masocis.

Dalam tangan ada pena.
Kerap karang puisi hina.
Dalam angan, aku terlena.
Akulah orang yang terhina.

Farid

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now