PADI GELAP (FULL VERSION)

48 2 0
                                    

Sadisnya buana
dipenuhi buaya,
manis bersuara
berintikan puaka.
Mulut berisi saka
sepedas cili melaka,
leka hingga lupa
diri penuh alpa.

Harapkan pagar, pagar makan padi,
bagaikan curah air di daun keladi.
Bubur takkan sesekali jadi nasi.
Kita tidak tahu apa bakal jadi.
Modenisasi mengubah segala.
Kerajaan bagaikan serigala,
pemakan biri-biri tak bersalah
walau mereka tidak bikin masalah.
Apa gunanya jadi ketua
kalau tidak guna petua
dari orang tua-tua kita
yang pernah kita bersua?
Mana Negeri Kedah Darul Aman,
negeri indah lagikan nyaman?
Apakah sudah musnah ditawan
oleh khayalan dadah dan perawan?

Cerita orang dulu-dulu
ada banyak kontroversi.
Benda hendak maju,
masih di bawah tempurung.
Kata-kata orang mahu
tanam biji benih padi
di atas bumbung;
Tapi, bila lagi?
Sedang di bilik tidur
Nobita boleh jadi petani.
Apa kerajaan mundur
atau idea tandus lagi?
Harapkan hujan turun
pada awal pagi hari,
sampai empat kurun
kita tetap haus lagi.
Kata nahu mahu beradu,
dilontarkan dalam puisi.
Nafas baru masuk peparu
sebelum suara mic aku isi.
Kalau lagu aku tak laku,
aku semaikannya bagai padi.
Sedang kamu, kamu dan kamu
semua juga akan makan nasi.

Jemput masuk ke kota mimpi ngeri.
Dari dekat lapuk, tapi jauh lihat berseri.
Kalau hendak rasuk, penyuntik kami beri.
Helang datang patuk, kami cabut lari.
Indahnya padi di tengah bendang.
Daun keladi usah air dituang.
Ketum ikat tepi cubalah direndang.
Kalau mahu mati, boleh nyawa dibuang.
Hujan lebat-lebat tahi kambing biri-biri.
Rumah Pak Samad yang jauh sekali.
Andai rasa penat, boleh ambil picagari.
Tiada jalan selamat kalau tangan digari.
Langit tinggi rendah, tak payah bebel.
Dakwat habis sudah, kita guna pensel.
Banyak kes dadah dari kes sewel.
Ini negeri Kedah, bukannya KL.

Sadisnya buana
dipenuhi buaya,
manis bersuara
berintikan puaka.
Mulut berisi saka
sepedas cili melaka,
leka hingga lupa
diri penuh alpa.

- Ami

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now