PENAT TANPA REHAT

71 2 0
                                    

Setiap langkah masih melarat
walaupun parah minda berkarat.
Rela meredah berbaki kudrat.
Senyuman indah sakit bersarat.

Itulah makna seorang lelaki.
Cubalah tanya bapa sendiri.
Apa mereka mengaku diri
walau menimpa lelah lagi?

Biarlah berpeluh tiada rehat.
Dalam penuh merasa penat,
ada juga senyuman kelat,
kurang gula tetapi pekat.

Tidak mahu keluarga sedih
kerana itu lagi pedih.
Seharian hidup bekerja lebih
hingga hirup angin letih.

...

Sebab itulah tiada rehat
dalam kamus hidup lelaki.
Mereka yang tak mengaku penat.
Itulah tanda lelaki sejati.

Alif

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now