NISAA' 3

49 1 0
                                    

Mereka-mereka ditelan alam.
Jalannya lurus tetapi kelam.
Nikmatnya terleka hatta dara dibaham
lelaki dayus yang bukan mahram.
Ada juga jadi tukang rakam,
mana tau nanti boleh beli saham.
Bila tok kadi masuk kirim salam,
engkau sendiri fikir sampai faham.

Laungan takbir hormat azan,
pergi mengaji belajar alif ba ta.
Jodoh, takdir rahsia Tuhan.
Bila lelaki memilih wanita,
Akan ada empat diberi pilihan;
Kerana cantik, kerana harta,
kerana martabat, kerana iman.
Mana yang terbaik, terpulang pada mata.

Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now