IBU 2

129 4 0
                                    

Tahun 2012, seminggu menjelang Ramadhan 1432...

Angah: *bangun malam* // *risau* Laa... Ibu dengan ayah tak balik lagi ka? Dah dua pagi ni.

Subuh...

Ayah: *baru balik dengan luka kat muka*
Angah: Ayah, ibu mana? *masih tak tidur* // *risau*
Ayah: Pergilah siap. Ayah pergi sekolah.
Aku: *baru bangun* Aik, mana ibu?
Ayah: Ibu kat hospital.
Aku & Angah: Hospital!? *terkejut*
Ayah: Dah... pergi mandi! Pergi sekolah!
Aku & Angah: *beredar dengan wajah pucat*
Angah: *menangis*
Aku: *tahan menangis*

...

Tahun 2019

Haha *tawa hambar*
Benda dah lepas.
Buat apa nak ungkit?
Luka boleh hilang,
Tapi parut tak...

Tika bulan menyeri,
Aku bangkit malam
Terus rasa kelam
Di lubuk hati.
Hingga ayah mari,
Aku memendam
Sedalam-dalam
Macam nak mati.
Ibuku, aku masih menanti.
Ayah pulang bagi salam
Dengan luka yang tak dalam.
Kata ayah, malam tadi,
Ada orang langgar lari.
Hatiku tertanam dendam.

Kau langgar ibu ayahku lalu cabut lari.
Aku tetap tak puas hati walaupun kau digari.
Bila ku lihat ibuku terbaring di hospital,
Hidupku merana kerana aku sakit mental.

Sepanjang hari,
Aku resah, hati kecut,
Mental aku makin reput
Kerana aku jadi sepi.
Lawat ibu hari cuti.
Adik aku jadi takut,
Takut ibu dibalut
Kain kapan wangi.
Namun, ibu hidup lagi.
Aku hampir saja semput,
Lihat besi pada lutut
Ibu yang sakit lagi.
Syukur pada Ilahi,
Ibuku masih wujud.

Aku sudah terpaku
Melihat kaki ibu parah.
Aku macam nak marah
Orang yang langgar ibuku.
Namun, benda dah berlaku.
Aku hanya mampu berserah
Dan dengar ibu meluah
Apa yang sudah berlaku.
Tak sanggup dengar itu
Lalu aku melangkah
Ke luar tingkat bawah
Bersama adik aku.
Apa yang aku mampu
Hanya ucap Alhamdulillah.

Kau langgar ibu ayahku lalu cabut lari.
Aku tetap tak puas hati walaupun kau digari.
Bila ku lihat ibuku terbaring di hospital,
Hidupku merana kerana aku sakit mental.

Tujuh tahun berlalu,
Ibu baik-baik sahaja.
Dia sihat sejahtera
Sepertinya selalu.
Namun, bukan macam dulu.
Tak mampu lari sahaja,
Tapi mampu buat kerja
Walau cara zaman dahulu.
Hakikatnya, diriku
Tidak selalu bersuara
Dan tak banyak berkata
Biarpun dengan ibu
Kerana aku
Takkan lupa dendam lama.

Kau langgar ibu ayahku lalu terus cabut lari.
Aku tetap tak puas hati walaupun kau digari.
Bila ku lihat ibuku terbaring di katil hospital,
Hidupku merana kerana aku sudah sakit mental.
Diriku sudah menghidap simptom split personality
Dan kami akan buru kau dalam puisi hingga mati.
Tak perlu nak bunuh kau kerana aku tak guna fizikal.
Hanya aturkan perkataan dengan minda dan akal.

Alif, Farid, MC Fox & Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now