NISAA'

100 3 0
                                    

Wajah suci penuh senyuman manis,
Tapi berlatarbelakangkan hidup sadis.
Baru sedar tiada guna kawan gadis
Kerana mereka ciptakan hati terhiris lagi terguris
Ini bukan puisi jiwang berkarat.
Ini ialah puisi penuh tersirat.
Aku banyak kali tulis, hantar surat
Hingga berdenyut nadi di setiap urat.
Namun dibalas tepuk sebelah tangan.
Mereka anggap persahabatan macam mainan
Sedangkan aku mencari apa yang kehilangan.
Baru kutahu cinta ke syurga itu hanya angan.
Niat mahu erat ikatan ukhuwah,
Tapi sayang jatuhnya air maruah
Bila kasih bukan mahram jadi rasuah.
Orang pandang lawa, tapi bukan Allah.

Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now