PANDANGLAH AKU

120 5 0
                                    

Mengapa lebihkan budak lajak
Sedangkan aku pandai bersajak?

Apa kurangnya aku untuk menulis
Dari terus belajar melukis?

Kau tidak memandangku walau sebelah mata
Biarpun segalanya sudah jelas dan nyata.

Aku ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias.
Tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas.

Mungkin aku terlalu bodoh di matamu.
Namun, aku tak bodoh dalam kataku.

Ya, aku tidak tahu berkias
Kerana mulutku tidak mahu berhias.

Seringkali beri ayat tersirat
Sedangkan aku faham yang tersurat.

Aku hadam semuanya sampai mati
Dan buatkan abah bangga suatu hari nanti.

Alif

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now