BISA

206 12 0
                                    

Aku dah terbiasa
Menjadi orang biasa.
Impian menjadi orang berbisa,
Itu perkara luar biasa
Dari kotak pemikiran
Untuk buat pengiraan.
Biar kurang dari kekayaan
Kerana aku budak kebanyakan.
Ada dalam hadis nabi,
Jangan sebut keburukan diri,
Tapi sebutlah kekurangan diri.
Hadis riwayat Muslim, bukannya Bukhary.
Tak kisah makan maggi kari
Pada tiap-tiap hari
Kerana apa yang ku cari
Adalah jalan ke arah Ilahi.

Bila budak bawah naik ke atas,
Dia jaga maruah nyanyi atas pentas.
Dulu turun sawah tak kisah terik panas.
Kini, lidah sehangat kawah bicara lebih pantas.
Dulu layan lagu RNB
Kini layan lagu RAP,
Ritma atas puisi
Dalam radiasi frekuensi
Bercampur eksperimentasi
Antara bangunan tradisi
Dan lukisan ilusi
Berkemahiran ilustrasi
Serta politik demonstrasi
Bersama kontroversi.
Dengan penuh konsentrasi,
Belajar tinggi di institusi.
Akhirnya, jadi pekerja KFC
Sambil jadi MC.

Belajar tinggi sampai menembus
Tembok awan Cumulonimbus
Berteman keris ku hunus
Even lawanku, Thanos.
Bertarung di ruang galaksi
Di luar dunia realiti.
My blood is Blood C.
Enemy in my hood, I can see.
Let me see your IC
So you can join UFC.
I give you my ML's ID
Because I have no IG.
Aku bukan budak PUBG,
Minda macam puak ISIS.
Aku mahu keamanan
Dari cetus peperangan.
Biar puisiku bersuara
Ketika politik hangat berbicara.

Alif, Farid, Musang, Hoshiko & Najmi

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now