PENULIS MALAM

60 2 0
                                    

Cerita waktu kecil dulu,
aku lihat gadis Terengganu
lemah terbaring di atas tandu
lepas dilanggar van putih laju.
Masuk tahun kesebelas,
kisah lama sudah lepas.
Memori kembali imbas
saat engkau terbabas.

Pertemuan kita di rumah sewa
bermula dari perkara tak terduga.
Biarpun kita di dunia berbeza,
apakah diri kau akan aku lupa?
Berapa banyak roh kita tempuh,
kita sama-sama merempuh
cari jalan untuk sembuh
tubuh engkau dari lumpuh.

Dari cerita perkerja kedai runcit,
rupa suspek berbadan buncit.
Mangsa mati kehilangan badan,
tak lupa dengan kaki dan tangan.
Jumpa pula penunggu sungai
ketika malam hujan renyai.
Mereka pernah dilanggar lari
ketika terik di siang hari.

Hari hujung minggu pula,
kita jumpa pustakawan gila,
hanya guna bahasa isyarat
itu saja cara paling selamat.
Balik pula ke tandas awam,
ada yang mati dengan pena tajam.
Jari bercongak dimainkan.
Apakah semua kes ini ada kaitan?

Lepas engkau bebas dari koma,
engkau terlupa tentang segala.
Sedikit pun tiada rasa dilema,
anggap aku tidak pernah berjumpa.
Sekian lama kita merakit,
kisah lama kau tak ungkit
buatkan ku rebah tak berbangkit.
Sakit...

Sejak detik itu aku hadam
dan memendam dengan dalam.
Hati kian lama menghitam
bagai dakwat hitam kelam.
Pedih untukku lupakan kisah silam
bagai sebuah pemadam
kerana pokok kenangan sering disiram.
Maka, terlahirlah Penulis Malam

Farid

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now