SELAK

124 5 0
                                    

Setiap hari aku diuji
Segala cubaan dari Ilahi.
Àku di atas bumi ini,
Hanya mampu menghitung hari.
Kitab Nabi jarang diselak,
Namun, dosa silam aku diselak.
Teringat apa yang dikata oleh awak.
"Hei, Alif! Kau pandai buat lawak.
Kau patut jadi pelakon komedi!"
Ya, memang aku nak jadi
Tapi di belakang kamu, aku sunyi
Di dalam dunia penuh sepi,
Hanya berteman air tangisan.
Di saat aku sendirian,
Di puncak Wang Kelian,
Aku pergi meroyan.

Sediam-diam aku macam lautan,
Sampai masa aku membadai pekan
Dengan isi dendam yang berlarutan
Kerana aku musang jadian.
Sebab itu, aku tak nak pergaulan
Kerana kata-kata boleh tukar pergaduhan.
Biarlah aku bersendirian
Di dalam dunia penuh kegelapan.
Dari luar, kau nampak aku lemah lagi terhina
Sedangkan isinya dahagakan maksiat dan zina.
Dari luar, kau lihat aku macam budak skema
Sedangkan tangan sedia genggam buku lima.
Dari luar, aku hanya boneka buatkan kau gembira
Sedangkan dalamnya aku raksasa dibanjiri air mata.
Kebahagiaan? Penderitaan? Jodoh atau ajal?
Mana satu akan tiba?

Alif

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now