WATTPAD

110 6 0
                                    

Laman sesawang dilayar.
Wattpad kini kena bayar.
Kau ingat kami berdaya
Untuk bayar di alam maya.
Wattpader tak semuanya kaya
Kerana itu semua dunia.
Biarlah miskin dari harta,
Janji kaya dalam kata.
Sekeras-keras batu bata,
Mampu hancur binasa.
Inikan pula kata berbisa
Menanti mereka yang tersisa.

Novel kena ciplak?
Meh, aku jadi Tumulak.
Dirimu akan ku sula.
Dah kenapa pula?
Mulutku tak semanis gula.
Ini semua baru titik mula.
Bukan mudah jadi mudah.
Bukan susah jadi susah.
Sebelum semua terlambat sudah,
Lebih baik jilat balik air ludah.

Biar aku lakar kata berapi
Dari gunung berapi
Hasil dari geografi
Tanpa fotografi.
Hanya tulisan kaligrafi
Walau ada stenografi
Di atas stensil
Guna arang pensel
Dari batu-batu fosil.
Biarpun tiada tonsil,
Akan ku terus rapping
Hingga gelar Rap King.

Kau taip, aku tulis.
Sampai masa aku lukis
Pelan bangunan tanpa base.
Orang sekarang ada two face.
Walau muka bertalam-talam,
Puisiku jauh mendalam-dalam
Sampai tak faham-faham langsung
Kerana ada detail di hujung bumbung.
Bila penulis bertukar arkitek,
Puisinya jadi lebih berharga dari artifact.

Alif & Farid

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now