HARAKIRI 2

47 1 0
                                    

Seribu maut dari pedang di tangan.
Tajamnya bilah dari hujung mata.
Seraya mulut aku petah berkata,
Katana dijulang tinggi di tangan.

Aku mahu beri satu amaran;
Seandainya kamu faham bahasa,
Aku mahu beritahu bahawa
Harakiri bukanlah jawapan.

Berapa banyak ego yang aku ada?
Sampai bila ego aku bertahan?
Apa ego aku sukar mahu mati?

Jelas tiada perasaan dirasa.
Hatta di saat tubuh ini dikafan,
Biarlah sakit bermula dari hati.

- Hoshiko

Ritma Atas Puisi (RAP)Where stories live. Discover now