Rakyat Malaysia telah bersuara, menunjukkan kuasa. Jelas dan hebat. Jari comel baru selesai dibersihkan, terima kasih Chlorox dan Limau Nipis.
Perdana Menteri ke-7 sudah mengangkat sumpah, meleraikan pelbagai teori dan provokasi. Pemimpin de-facto PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim pun sudah dibebaskan dengan pengampunan penuh, ehsan dan keperihatinan KDYMM Yang Di Pertuan Agong. Kerajaan negeri dan barisan Exco sudah dibentuk, termasuk negeri yang bergantung dengan talian hayat..
Harapan aku, mana-mana kerajaan pun yang memerintah negeri atau negara, tak payah sombong dan angkuh kerana anda memikul amanah dan bekerja untuk rakyat. Rakyat membayar setiap sen gaji dan elaun anda.
Bekerjalah dengan tekun, cekap dan jujur menjadikan negeri dan negara kita lebih baik dari semua sudut; ekonomi, sosial, agama dan lain-lain
Aku berdoa kepada Malaysia Baru yang lebih baik dan diberkati Allah. Amin.
17-05-25018 / 1 Ramadhan 1439
KAMU SEDANG MEMBACA
DIARI DARI HATI
Non-FictionCatatan apa saja yang aku rasa, aku lihat, aku dengar sepanjang masa..