30 | MEMBAWANG

344 20 6
                                    

Semalam kecoh viral dalam Whatsapp group gambar-gambar KDYMM Yang Dipertuan Agong kawin dengan Miss Moscow 2015; entah apa ke namanya (tidak ada sebab untuk aku hafal hehe).

Sibuklah group members membahaskan isu tersebut. Ada yang bagi link NST tapi 'Page you are requested not found'; takder apa. Ada yang kata gambar tu superimposed. Maka, bertekaklah mereka...

Apa yang menarik dari POV aku adalah, aktiviti membawang hari ini nampaknya sudah tidak lagi dimonopoli oleh kaum Hawa sahaja, tetapi sudah diceroboh dengan rakusnya oleh kaum Adam juga hahaha. Apa pekdahnya wahai Cik Bedah dan En Hamzah?

Kalau berita itu palsu, maka berantai-rantailah dosa fitnah dari seorang ke seorang yang lain. Tak pasal-pasal kan? Kalau benar, apa pulak pekdahnya kepada kita? Yang syiok menjilat dan menghenjutnya dia, bukan kita punnn hahaha.

Allah tidak menjadikan kita di atas muka bumi ini untuk memperihalkan hal orang lain. Sebaliknya menjaga dan mengemudi diri sendiri, menyediakan bekal untuk hidup yang kekal abadi sesudah mati nanti. Baik atau buruk manusia lain bukan tanggungjawab kita; kecuali yang berada di bawah jajahan takluk kita.

Kita selalu merungut sibuk, tidak cukup masa. Sampai lepas solat pun wirid ringkas-ringkas aje. Solat tu asal jadi jer. Tetapi ada banyak pulak masa untuk membawang hal-hal orang lain! Sanggup buat research berjam-jam di internet nak menentukan kesahihan gambar tu atau tidak. Baik kau bangun buat Tahajud! Hahaha

Pesanan untuk diri aku sendiri. Jaga diri, jaga bini-bini. Takyah jaga bini orang! Hahaha

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang