44 | PANCING

242 7 4
                                    

Dah lama aku tak memancing. Pancing ikan ya, bukan pancing awek atau pancing undi hahaha. Memula PKP, pastu Ramadhan. Rehat yang panjang.

Semalam aku merajinkan diri cuba-cuba campak umpan. Tapi takder la pi kolam pancing yang retis tersohor kena serbu dan kompaun dek polis tu. Apa kelas pi mancing situ hahaha. Aku pi mancing di kolam yang tersorok, takder orang, 'free' pulak tu. Eksklusif dan 'privacy' gitewww hehe.

Dua kali campak umpan, berderu-deru yang menerkam dan menggigit umpan. Kalau sapa yang pernah campak umpan kat kolam ikan keli yang telah di'puasakan' satu hari, haaa gitu la gayanya. Berebut-rebut, tertonggeng, bertindih-tindan antara satu sama lain. Gigit umpan sampai tergigit kawan pun ada. Gigit kawan sebab berebut umpan pun ada. Seronok nengok nyer... Mungkin sebab dah lama takder orang pi campak umpan kat depa atau dah memang rakus begitu pe'elnya hehe.

Nengok ikan-ikan tu, teringatkan diri sendiri dan kehidupan. Ikan-ikan tu cantik, bersih. Makanan semulajadinya pun bersih samada herbivor, karnivor, omnivor atau detritus. Tapi tergamak jugak memakan umpan yang digaul busuk dan hanyir.

Itulah gambaran hidup kita semua kot. Fitrahnya cantik, bersih, comel-comel gitu. Makan minum yang elok-elok jer, buat benda yang baik-baik aje. Tapi bila membiarkan diri dilalaikan oleh dunia yang sementara, tunggang langgang jadinya. Merosakkan diri sendiri dengan minum arak, merokok, ambik dadah. Berjemaah merosakkan diri dan orang lain dengan berzina, menggalakkan zina dan yang sewaktu dengannya. Langsung tidak ada rasa malu dengan Dia, apatah lagi dengan manusia...

Ikan-ikan tersebut mungkin tidak ada pilihan sebanyak yang kita ada. Tetapi kita yang ada pelbagai pilihan, akhirnya memilih jalan yang sama seperti ikan yang tiada pilihan.

Ikan atau kita yang lagi bijak? Ini adalah soalan KBAT. Sapa paham, paham la. Sapa tak paham, maap la ya hahaha.

Wallahua'lam

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: May 28, 2020 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang