40 | MAKAN ANGIN

144 11 5
                                    

#1. Pagi ni isteri duk bercerita kawan tu pi umrah, kawan ni pi bercuti makan angin. Apa maknanya tu? Hehehe

#2. Orang rumah ni kadangkala sengal jugak ya. Seronok sangat bercerita sampai lupa agaknya pakcik suami ni dah setahun jobless!

#3. Tak salah menyemai impian nak pi umrah, nak pi bercuti. Yer lah, dia pun asyik terperuk kat rumah, berkhidmat untuk negara 24x7x365 tanpa cuti!

#4. Aku akur dan akui itu adalah satu pengorbanan yang besar untuk suami dan keluarga. Aku juga akur itu adalah kegagalan aku untuk memberikan kesenangan dan kemewahan untuk dia. Aku tak mampu, aku tak berdaya...

#5. Dulu-dulu aku selalu ingatkan dia bahawa nafkah adalah tanggungjawab aku. Jangan pening-pening kepala. Aku mintak dia fokus kepada rumahtangga, didikan dan bimbingan pada anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak semua so far so good.

#6. Tapi bila aku dah jobless dan dia selamba berbelanja macam aku masih bekerja, aku pulak yang pening kepala! Hahaha.

#RingankanUjianMuYaAllah

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang