03 | UBAT

1.5K 28 18
                                    

Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali tua dan mati..

"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Alhamdulillah, aku tidak ada sebarang penyakit kronik, kecuali Batu Karang pada tahun 2007. Tekanan darah tidak melebihi 120/80, kecuali device tu pening kepala hehe. Migrain memang ada sejak zaman sekolah lagi. Masalah buah pinggang dikesan seawal tahun 1974, sebulan aku diseksa di dalam wad dengan tiga suntikan menyakitkan setiap hari. Fuhhh berbintik-bintik bontot aku, kesan cucukan jarum huhu. Selepas itu, semua ujian darah dan air kencing tidak menunjukkan sebarang simptom masalah buah pinggang lagi..

Sejak kecil, apa sahaja penyakit samada demam, selsema, batuk, sakit kepala dan sebagainya dirawat dengan ubatan moden, pil panadol dan sebagainya samada dibeli di farmasi, didapati dari klinik swasta atau klinik/hospital kerajaan. Kerana masalah migrain yang teruk, 'pain killer' menjadi makanan harian aku selama beberapa tahun. Tetapi setelah melihat ramai kaum keluarga dan rakan-rakan yang tidak sedikit menerima kesan sampingan daripada pengambilan 'dadah berlesen' ini, aku berusaha mencari kaedah perubatan alternatif..

Tahun 2013 aku mula berhenti mengambil 'dadah berlesen' ini. Aku mulakan dengan berbekam setiap tiga bulan dan mengamalkan minum air garam; segelas pagi selepas bangun tidur dan segelas malam sebelum tidur serta sesudu madu lebah atau madu kelulut. Alhamdulillah, pada usia separuh abad ini, aku masih dipinjamkan oleh Allah nikmat kesihatan..

18-05-2018 / 2 Ramadhan 1439

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang