32 | SALAM AIDILFITRI 1440H/2019M

237 16 13
                                    

Salam to all readers, fans and followers. It's been a while since my last post. Walau pun aku dah tak berapa aktif kat Wattpad ni, aku sentiasa ingat korang semua dan aku doakan semua gembira dan bahagia especially di bulan-bulan mulia ini.

Alhamdulillah, syukur kerana aku masih diberi kesempatan berpuasa Ramadhan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, walau pun dalam keadaan serba kurang.

Genap 5 bulan aku menganggur selepas kena retrench paksa rela. Kind of great shock, tapi tak sampai sepak tin 100Plus tepi jalan la hehe. 2 bulan pertama memang tido bangun kat rumah aje, otak jem takleh pikir apa. Masuk bulan ke-3, baru start sambungkan sel-sel otak, mengkaji dan berpikir nak buat apa, macamana dan yang sewaktu dengannya. Tapi apa sangatlah yang boleh dibuat pada usia emas aku ni. Nak bekerja makan gaji, sapa yang nak menggaji orang tua. Nak mulakan bisnes, Jack Ma kata takyah laaa...ngabihkan beras jer hahaha.

Apa pun, aku bersyukur sepanjang proses penanaman anggur ni rezeki tak pernah putus. Datangnya dari arah yang tak disangka-sangka. Terima kasih banyak-banyak kepada yang membantu, hulur sedikit sebanyak untuk aku meneruskan kelangsungan hidup. Semoga Allah membalas kebaikan anda berlipat-lipat kali ganda. Aku ada lebih masa untuk menjaga amal ibadat, masa untuk keluarga yang banyak terabai kerana kerja sebelum ini. Yer lah, tak kata gitu, nak kata apa lagi kan hahaha.

Aku tidak putus berdoa semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku. Aku terima keadaan ini sebagai kifarah dari dosa-dosa lampau aku. Aku berdoa semoga Allah melapangkan jalan untuk aku mencari rezeki, mempermudahkan segala urusan dan memberikan aku kejayaan dalam keberkatanNya. Amin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin kepada semua readers, fans dan followers. Maaf Zahir dan Batin.

#Catatan6Syawal1440

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang