24 | PAHALA KECIK PAHALA BESAR

334 27 44
                                    

Malam tadi singgah solat Isya' di sebuah surau kecik. Selalu kalau berjalan ke mana-mana, aku akan singgah di masjid-masjid besar. Bila orang tanya kenapa...aku jawab kalau masjid besar, pahala besar. Kalau masjid kecik, pahala kecik hahaha.

Aku singgah sebab dah masuk waktu Isya' dan telefon aku pun dah azan. Turun dari kereta, tunggu dalam 10 minit tak azan-azan jugak. Kalau aku yang azan kang, bergegas M.Nasir sewa private jet datang nak sain kontrak album baru dengan aku! Aku jenguk dalam surau, ada la 3 orang. Kemudian baru la sorang tu pergi azan.

Lepas ambik wudhu', aku naik ke surau. Lama jugak menunggu bilal Qamat. Apa yang ditunggu aku pun tak tahu. Aku tengok bilal rileks jer duk bersembang. Bosan menunggu, aku nekad menceluparkan mulut bertanya kepada bilal. "Tunggu sapa lagi ya?" Bilal menjawab "Ooo tunggu ustaz jadi imam". Dalam 20 minit jugak la menunggu. Nak solat sendiri pun serba-salah. Nak keluar dari surau lagi la serba-salah.

Kemudian sampai la satu makhluk Allah yang berjubah ni dengan motor. Masuk surau dengan muka serius giler, sikit pun tak senyum. Bagi salam pun tidak, pandang orang pun tidak. Terus solat 2 rakaat...sunat la tu. Menunggu lagi aku! Lepas dia selesai solat, terus naik ke tempat imam. Ooo ini lah ostad nyerrr...

Nak ngabiskan solat Isya' 4 rakaat aku rasa punyalah lama. Dengan bacaannya yang slow ala-ala bisik dalam kelambu. Angkat takbir pun aku tengok macam nak say hi kat awek tepi jalan jer... lemah gemalai tangannya. Tak makan nasi lagi la gamaknya tu huhu. Selesai solat, sambil wirid dia keluarkan tasbih dari dalam jubah. Mak aiii...tu diaa tasbih dia, sebijik sebjik sama besar dengan ibu jari kaki aku! Patut la lambattt, berat dengan tasbih rupanya hahaha.

Aku jahil, tak mengaji pondok ke, Universiti Al-Azhar ke. Tapi, is this Islam? Inikah yang Rasulullah SAW ajar kita? Semua tidak menepati masa. Azan lambat, qamat lambat, solat lambat, muka ketat. Macamana la orang kita nak maju, nak berjaya? Semua benda pun lambat. Kalau main dengan bini, pandai pulak pancut cepat! Hahaha

Itu la aku cakap awal-awal tadi. Kalau solat di masjid besar, mostly semua on time. Bilal, imam, semua dah ready sebelum masuk waktu lagi. So, semua akan jadi lancar. Bila surau kecik ni, jadi terbalik dah. So, pahala solat tu lepas tolak dosa merungut, membebel, jadi kecik dah laaa hehe. Sekian catatan matematik pahala untuk malam ini..

Sorry guys...I am so judgemental today. But, that's what i feel...

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang