Pagi tadi bangun dengan sedikit selsema. Aku gagahkan diri ke pejabat kerana ada kerja yang mesti diselesaikan hari ini. Beberapa kali keluar-masuk ke pejabat menjadikan keadaan semakin buruk. Mungkin kerana cuaca di luar terlalu panas, di dalam pejabat pulak sejuk dengan pendingin hawa..
Keluar dari pejabat pada sebelah petangnya, suhu badan sudah meningkat panas. Balik ke rumah, mandi, berehat sambil menunggu waktu berbuka. Selesai berbuka dan solat Maghrib, minum lagi segelas air garam dan sesudu madu kelulut. Kemudian berehat sambil menonton perlawanan badminton Piala Thomas..
Apakah ini kifarah, ujian atau azab?
Kifarah
'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya. Balasan kepada dosa-dosa aku selama ini..
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan MuslimUjian
Ujian
Allah SWT berfirman dalam al-Quran, "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"." (QS. Al-Baqarah: 155-156)
Menguji kesabaran apabila menerima kesusahan dan kesakitan, tambah-tambah lagi di saat kita berpuasa. Apakah aku akan bersabar, bersyukur, merintih atau mengaduh..
Azab
Ada kalanya, sakit boleh menjadi azab yang pedih. Azab supaya aku insaf akan dosa-dosa aku dan bertaubat.
Allah SWT berfirman, "Katakanlah: "Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan adzab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimuatau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih bergantiagar mereka memahami(nya)"." (QS. Al-An'aam: 65)
Astaghfirullahal azim. Ampunkan segala dosa-dosaku ya Allah.
24-05-2018 / 8 Ramadhan 1439
KAMU SEDANG MEMBACA
DIARI DARI HATI
Non-FictionCatatan apa saja yang aku rasa, aku lihat, aku dengar sepanjang masa..