18 | MATEMATIKA TUHAN

361 23 11
                                    

Sounds weird tetapi itulah yang Allah telah tetapkan untuk aku hari ini...

Aku berdoa di antara dua khutbah. Aku juga berdoa semasa sujud terakhir Solat Jumaat. Akhir sekali, aku berdoa semasa sujud akhir Solat Sunat Ba'diyyah. Semua doa itu aku pohonkan untuk orang lain, bukan untuk diri aku atau keluarga aku.

Sejujurnya jarang sekali aku mendoakan orang lain dalam hidup aku. Kebanyakan doa adalah untuk keampunan kepada dosa diri sendiri, mohon dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang berkat, ditetapkan keimanan, dikekalkan beribadah kepadaNYA, diberikan kebahagiaan, keberkatan, kekayaan dan kejayaan dunia hingga akhirat.

Hari ini aku berdoa supaya seseorang dilindungi Allah daripada segala dosa maksiat, diberikan kematangan akal fikiran, ditambahkan keimanan, diberikan kekuatan menghadapi apa jua cubaan dan dugaan, dibukakan pintu hatinya melihat kebenaran dan takut kepada berbuat kejahatan. Aku doakan dia supaya diberikan jodoh yang baik; suami yang boleh menjadi pelindung dan pembimbing. Aku doakan dia supaya diberikan nikmat kebahagiaan yang berpanjangan, walau pun bukan bersama aku. Makbulkanlah doa daripada aku; hambaMu yang kotor, lemah dan fakir ini Ya Allah. Amin Ya Rabbal Aalamin.

Fitrah manusia, apabila kita ditimpa kesulitan maka kita akan berdoa supaya dilepaskan dari kesulitan itu. Kemudiannya berfikir dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan apa jua cara. Tetapi kadangkala, matematika Allah itu lain kiraan dan formulanya.

Aku bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana menemukan aku dengan beberapa bukti hidup yang menterbalikkan formula matematika manusia. Apabila ditimpa kesulitan, mereka tidak fokus berfikir sehingga pecah kepala, sakit jantung dan naik tekanan darahnya untuk menyelesaikan kesulitan itu. Sebaliknya, mereka membantu menyelesaikan masalah orang lain dari aspek kewangan, kemelut kehidupan dan sebagainya. Hasilnya, kesulitan mereka diselesaikan oleh Allah dari arah yang tidak disangka-sangka. Subhanallah, MasyaAllah, Tabarokallah.

Semoga doa aku dimakbulkan Allah. Insya Allah. Amin.

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang