20 | AL-FATIHAH

335 26 18
                                    

Pepagi lagi hari ini rakan sekerja call. Anaknya yang sedang belajar di universiti nak menempah jersi untuk team futsal. Since aku ramai kawan-kawan dalam bidang printing, dia mintak tolong aku carikan printer.

"Ishhh mana la si Joe ni. Dah 8 kali aku call tak pickup", gerutu hati aku. Aku ambil keputusan untuk ke rumah dia. Ada aje kawan-kawan yang lain, tetapi sebab dia agak sesak sekarang ni, aku niat nak bagi job ni kat dia lah. "Ishh kita nak bagi job kat dia, kita pulak yang kena carik dia", aku membebel lagi di dalam hati.

Separuh perjalanan, bersusun kenderaan di depan. Alamak..lupa pulak, cuti sekolah dah bermula. Apa lagi, memang jem la nak masuk ke bandar. Adoiii aku memang cukup malas nak meredah kesesakan jalanraya, tambah-tambah hari cuti macam ni. Aku ambil keputusan pusing balik ke pejabat.

Tiba di pejabat, on komputer. Baru duk terpikir macamana nak contact Joe, tiba-tiba fon berbunyi. Haaa panjang pun umur Joe ni. "Assalamualaikum bro... kau ni mesti banyak hutang, sebab tu takut nak angkat fon!" laju aku menembak. "Waalaikumussalam. Ada apa call tadi ya?" Aikkk suara perempuan, alamakkk bini Joe ke. "Errr sorry la kak, saya ingatkan Joe tadi. Dah biasa gurau-gurau kasar macam tu. Joe ada?" Selaju tembakan tadi, laju jugak aku mohon maaf hehe.

"Joe takder dah" jawab bini dia. "Joe pergi mana?" soal aku. "Joe dah takder, dah meninggal" sebak suara bini Joe dihujung talian. "Whattt? Bila?" soal aku dalam keterkejutan yang amat sangat. "Dah 3 hari" jawab bini Joe lagi. "Innalillahiwainna ilaihirojiun"

Petang tadi aku ajak Rozi menziarahi isteri dan anak-anak arwah Joe. Rupanya dia sudah lama ada masalah kesihatan. Diabetes, jantung dan bengkak hati. Meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja dengan 6 orang anak.

Aku pernah menulis tentang dia pada 4hb Julai 2018; Roda Kehidupan. Dialah sahabat dan salah seorang guru kehidupan kepada aku.

Aku ingin mengajak readers dan followers aku untuk sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Joe. Semoga arwah diampuni Allah, diterima segala amalannya, dilepaskan dari seksa kubur dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman di syurga. Amin.

Kebelakangan ini, banyak 'friendly reminder' dari Allah. Orang-orang di sekeliling aku yang susah, yang sakit dan yang telah pulang ke sisiNya. Aku pun deman, sakit kepala dan sakit-sakit seluruh sendi badan semenjak hari Rabu lepas. Walau pun sudah makan ubat, tetapi nampak macam tidak ada perubahan.

Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan peringatan-peringatan ini kepada aku.

DIARI DARI HATITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang